Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

325) PENDAPATAN PKNS 2025

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pendapatan PKNS yang disasarkan bagi tahun 2025 dan nyatakan pecahan sumber pendapatan operasi PKNS bagi tahun 2025.

    Tahun 2025, PKNS berhasrat untuk meningkatkan pendapatan tahunannya dengan sasaran untuk mencapai melebihi RM1 bilion dalam tempoh 5 tahun akan datang.

    Untuk mencapai matlamat ini, PKNS memfokuskan kepada beberapa sumber pendapatan utama iaitu melalui penjualan bangunan dan hartanah yang merangkumi pembangunan dan penjualan unit kediaman, komersial dan industri.

    Selain itu, PKNS juga menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai pihak bagi memacu pembangunan hartanah, memperluas pasaran dan meningkatkan daya saing. Melalui inisiatif ini, PKNS dapat mengoptimumkan penggunaan aset, memanfaatkan kepakaran rakan strategik, serta meningkatkan nilai pelaburan yang boleh menjana pulangan jangka panjang dan meningkatkan keuntungan.

    Di samping itu, pelaksanaan projek secara Penswastaan turut menjadi salah satu strategi PKNS dalam mempelbagaikan sumber pendapatan dan memastikan aliran pendapatan yang berterusan dengan menggabungkan ketiga-tiga sumber pendapatan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.