Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

65) PENDAPATAN PBT

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah penambahan pendapatan yang akan diperolehi setiap PBT selepas kenaikan cukai taksiran?

    Kenaikan cukai taksiran sebanyak 25% telah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2024 di Majlis Perbandaran Kajang dan sebelas (11) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain pada 1 Januari 2025. Tambahan pendapatan adalah sebanyak RM382.00 juta bagi tahun 2025 dan perincian hasil daripada kenaikan cukai taksiran mengikut PBT adalah seperti jadual berikut:

     

    Bil. PBT Jumlah Cukai Sebelum Penilaian Semula

    (RM)

    Jumlah Cukai Selepas Penilaian Semula

    (RM)

    Jumlah Kenaikan Cukai Jumlah Tambahan Hasil 

    (%)

    1 MBSA 338,253,136.90 395,720,144.20 57,467,007.30 16.99
    2 MBPJ 287,806,592.07 359,860,544.40 72,053,952.33 25.04
    3 MBDK 222,542,218.66 265,190,442.42 42,648,223.76 19.16
    4 MBSJ 221,579,283.24 268,340,739.44 46,761,456.20 21.10
    5 MPAJ 113,413,873.34 134,411,599.16 20,997,725.82 18.51
    6 MPKJ 122,366,010.70 156,919,907.08 34,553,896.38 28.24
    7 MPS 126,280,022.46 152,596,731.99 26,316,709.53 20.84
    8 MPSP 150,216,087.14 191,998,338.22 41,782,251.08 27.81
    9 MPKL 48,116,571.98 62,580,794.10 14,464,222.12 30.06
    10 MPKS 44,940,220.09 53,869,291.40 8,937,155.17 19.89
    11 MPHS 69,840,974.49 84,559,018.70 14,718.044.21 21.07
    12 MDSB 7,256,054.98 8,925,005.38 1,668,950.40 23.00
    JUMLAH 1,752,611,046.0 2,134,972,556.4 382,369,594.30 21.82

Lampiran

Tiada Lampiran.