Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
58) PENDAPATAN NEGERI SELANGOR UNTUK PEMBANGUNAN SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah jenis pendapatan yang diperolehi kerajaan negeri? Senaraikan dan nyatakan nilai pendapatan tersebut.
Kerajaan Negeri memperoleh 3 jenis hasil yang terdiri daripada Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Sehingga 31 Disember 2012, nilai pendapatan Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM1,954,813,072.75.
Jadual 1: Hasil Negeri Selangor Sehingga 31 Disember 2012
PERIHAL RM Cukai Tanah 463,523,574.70 Cukai Parit & Taliair 24,858,118.56 Cukai Hasil Hutan 25,233,882.47 Royalti Air 0.00 Cukai Hiburan 39,481,564.49 JUMLAH HASIL CUKAI 553,097,140.22 Bayaran Pendaftaran, Lesen dan Permit 58,543,173.33 Perkhidmatan Dan Bayaran 118,915,464.29 Perolehan Dari Jualan Barang- Barang
873,179,926.16 Sewaan 6,151,465.14 Keuntungan Pembiayaan Dan 60,132,980.62 Perolehan Denda dan Hukuman
17,733,696.12 Sumbangan Dan Bayaran Ganti 12,000,000.00 JUMLAH HASIL BUKAN CUKAI 1,146,656,705.66 Pulang Balik Perbelanjaan 19,932,499.87 Terimaan Daripada lain Agensi Kerajaan
235,126,727.00 JUMLAH TERIMAAN BUKAN HASIL 255,059,226.87 JUMLAH HASIL 1,954,813,072.75 -
Apakah pendapatan lain yang boleh dijana di masa akan datang?
Hasil yang diterima adalah hasil tradisi kepada Kerajaan Negeri dan tiada pendapatan lain yang dijangka boleh dijana di masa akan datang.
-
Apakah usaha kerajaan negeri, memastikan kutipan cukai pendapatan daripada Selangor oleh kerajaan persekutuan dikembalikan pada kadar yang lebih tinggi berbanding sekarang?
Bagi memastikan Pemberian Kerajaan Persekutuan dipertingkatkan untuk masamasa hadapan, Pentadbiran ini telah mengambil beberapa inisiatif di antaranya dengan mengangkat kertas cadangan ke Majlis Kewangan Negara (MKewN) yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri. Bagi tahun 2013, Pentadbiran ini telah mengangkat 2 Kertas Cadangan iaitu:-
- Kertas Cadangan Penarikan Pengecualian Cukai Hiburan Bagi Taman Tema Di Malaysia; dan
- Kertas Cadangan Permohonan Peruntukan Kerajaan Persekutuan Bagi Membiayai Bantuan Am Negeri.