Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

39) PENDAPATAN NEGERI MELALUI PELABURAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah pendapatan Negeri melalui pelaburan? Senaraikan pendapatan ini dari tahun 2007 hingga 2015

    Pendapatan Negeri melalui pelaburan deposit jangka pendek dan simpanan tetap adalah seperti berikut:

    Tahun Hasil atas Pelaburan

    (RM)

    2007 14,495,507
    2008 20,777,875
    2009 20,513,794
    2010 20,889,596
    2011 44,208,310.96
    2012 52,116,901.24
    2013 73,494,840.18
    2014 84,085,113.17
    2015 109,233,898.37
  2. Apakah faktor yang boleh meningkatkan pendapatan Negeri melalui pelaburan?

    Peningkatan rizab Kerajaan Negeri adalah menyumbang kepada peningkatan pendapatan Negeri melalui pelaburan. Selain itu, pengurusan kewangan Kerajaan Negeri yang cekap dan teratur serta mematuhi peraturan kewangan sedia ada merupakan faktor peningkatan pendapatan melalui pelaburan

  3. Apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan Negeri melalui pelaburan?

    Antara usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pendapatan Negeri melalui pelaburan deposit jangka pendek dan simpanan tetap adalah dengan mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Tunai Kerajaan Negeri yang bermesyuarat setiap bulan bagi memastikan lebihan tunai dilaburkan dengan pulangan yang optima, mengkaji peluang-peluang pelaburan serta mendapatkan kadar faedah atas pelaburan yang tinggi dari Institusi

Lampiran

Tiada Lampiran.