Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
166) PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI DAN PBT
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila beri pecahan dan jumlah kutipan pendapatan Kerajaan Negeri dan semua PBT untuk 2021.
Prestasi kutipan hasil Negeri Selangor sehingga 31 Julai 2021 adalah berjumlah RM46 billion. Pecahan pendapatan Kerajaan Negeri adalah Hasil Cukai berjumlah RM540.04 juta, Hasil Bukan Cukai berjumlah RM795.13 juta dan Terimaan Bukan Hasil berjumlah RM129.61 juta.
Manakala, prestasi kutipan hasil keseluruhan 12 PBT Negeri Selangor sehingga 31 Julai 2021 belum di audit adalah berjumlah RM1.26 billion. Pecahan pendapatan mengikut jenis hasil secara keseluruhan PBT bagi Hasil Cukai adalah RM921.98 juta, Hasil Bukan Cukai RM290.90 juta dan Terimaan Bukan Hasil berjumlah RM52.90 juta.
-
Sila beri perbandingan pendapatan mengikut tahun ke tahun (Y-O-Y) mulai 2019.
Perbandingan pendapatan Kerajaan Negeri mengikut tahun ke tahun (Y-O-Y) dari tahun 2019 sehingga 2021 bagi tempoh yang sama adalah seperti berikut:
- Pendapatan Kerajaan Negeri sehingga 31 Julai 2020 berbanding 31 Julai 2019 secara keseluruhannya adalah meningkat sebanyak RM84.08 juta atau 5.32 peratus dengan prestasi mengikut jenis hasil seperti berikut:
HASIL 31 JULAI 2019 (RM)
31 JULAI 2020 (RM)
PRESTASI (+/-) (RM) % Hasil Cukai 585,483,409.98 504,572,139.02 -80,911,270.96 -13.82 Hasil Bukan Cukai 772,064,648.49 944,749,326.02 172,684,677.53 22.37 Terimaan Bukan Hasil 223,571,117.11 215,873,647.54 -7,697,469.57 -3.44 JUMLAH 1,581,119,175.58 1,665,195,112.58 84,075,937.00 5.32 Jadual 1 : Perbandingan Hasil Kerajaan Negeri pada 31 Julai 2019 dan 31 Julai 2020
(Sumber : Laporan Hasil SPEKS pada 31 Julai 2019 dan Laporan Hasil iSPEKS pada 31 Julai 2020)
- Pendapatan Kerajaan Negeri pada 31 Julai 2021 berbanding dengan 31 Julai 2020 secara keseluruhannya adalah menurun sebanyak RM200.42 juta atau -12.04 peratus dengan prestasi mengikut jenis hasil seperti berikut:
HASIL 31 JULAI 2020 (RM)
31 JULAI 2021 (RM)
PRESTASI (+/-) (RM) % Hasil Cukai 504,572,139.02 540,038,334.01 35,466,194.99 7.03 Hasil Bukan Cukai 944,749,326.02 795,126,413.98 -149,622,912.04 -15.84 Terimaan Bukan Hasil 215,873,647.54 129,610,355.32 -86,263,292.22 -39.96 JUMLAH 1,665,195,112.58 1,464,775,103.31 -200,420,009.27 -12.04 Jadual 2: Perbandingan Hasil Kerajaan Negeri pada 31 Julai 2020 dan 31 Julai 2021
(Sumber : Laporan Hasil iSPEKS pada 31 Julai 2020 dan 31 Julai 2021)
Manakala, perbandingan pendapatan keseluruhan daripada dua belas (12) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengikut tahun ke tahun (Y-O-Y) dari tahun 2019 sehingga 2021 bagi tempoh yang sama adalah seperti berikut:
- Pendapatan PBT pada 31 Julai 2020 berbanding 31 Julai 2019 secara keseluruhannya adalah menurun sebanyak RM190.19 juta atau -12.94 peratus dengan prestasi mengikut jenis hasil seperti berikut:
Hasil 31 Julai 2019 (RM)
31 Julai 2020 (RM)
PRESTASI (+/-) RM % Hasil Cukai 1,030,693,959.09 873,717,991.52 -156,975,967.57 -15.23 Hasil Bukan Cukai 364,889,763.51 326,752,753.56 -38,137,009.95 -10.45 Terimaan Bukan Hasil 73,936,042.82 78,855,530.32 4,919,487.50 6.65 JUMLAH 1,469,519,765.42 1,279,326,275.40 -190,193,490.02 -12.94 Jadual 3: Perbandingan Hasil Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor pada 31 Julai 2019 dan 31 Julai 2020
Nota : Maklumat mengikut PBT seperti di Lampiran A
(Sumber : Laporan Bulanan PBT)
- Pendapatan PBT pada 31 Julai 2021 berbanding 31 Julai 2020 secara keseluruhannya adalah menurun sebanyak RM13.54 juta atau -1.06 peratus dengan prestasi mengikut jenis hasil seperti berikut:
Hasil 31 Julai 2020 (RM)
31 Julai 2021 (RM)
PRESTASI (+/-) RM % Hasil Cukai 873,717,991.52 921,982,406.45 48,264,414.93 5.52 Hasil Bukan Cukai 326,752,753.56 290,905,348.04 -35,847,405.52 -10.97 Terimaan Bukan Hasil 78,855,530.32 52,901,812.88 -25,953,717.44 -32.91 JUMLAH 1,279,326,275.40 1,265,789,567.37 -13,536,708.03 -1.06 Jadual 4: Perbandingan Hasil Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor pada 31 Julai 2020 dan 31 Julai 2021
Nota : Maklumat mengikut PBT seperti di Lampiran A
(Sumber : Laporan Bulanan PBT)
-
Berapa jumlah cukai yang sumbang oleh warga Selangor kepada Kerajaan Persekutuan sejak 2020?
sub-soalan telah di tolak