Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

192) PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa peratuskah penambahan peningkatan pendapatan yang telah Kerajaan Negeri peroleh dari tahun lepas?

    Pada tahun 2024 anggaran hasil Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM2.2 bilion berbanding anggaran hasil tahun 2023 sebanyak RM2 bilion dan sehingga 20 Jun 2024 kutipan hasil adalah sebanyak RM1.519 bilion. Sehubungan itu, prestasi Kutipan Hasil Negeri Selangor sehingga 20 Jun 2024 berbanding 20 Jun 2023 adalah seperti di bawah :

    Berdasarkan jadual di atas terdapat lebihan hasil sebanyak RM6.55 juta atau 0.43 peratus berdasarkan perbandingan hasil harian pada dua (2) tahun yang berbeza. Antara penyumbang utama dalam peningkatan hasil adalah kutipan premium.

Lampiran

Tiada Lampiran.