Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
103) PENDAPATAN ISI RUMAH
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah capaian tertinggi Selangor dalam purata pendapatan isi rumah bulanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia?
Berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 9 Oktober 2017, Negeri Selangor merekodkan pendapatan isi rumah bulanan purata tertinggi dalam konteks negeri pada kadar RM9,463. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 6.8% berbanding purata yang dicatatkan pada tahun 2014 sebanyak RM8,252. Negeri Selangor juga berjaya mencatatkan pendapatan isi rumah bulanan purata melebihi paras nasional iaitu sebanyak RM6,958.
-
Apakah kriteria untuk pencapaian ini dan daerah manakah yang mencatat purata pendapatan tertinggi?
Antara kriteria yang dilihat bagi pencapaian ini adalah kepadatan pembangunan dan peluang pekerjaan yang tinggi di sesuatu kawasan. Pendapatan isi rumah purata peringkat daerah pentadbiran menunjukkan kedudukan lima (5) teratas merupakan daerah di Negeri Selangor. Daerah Petaling merekodkan purata pendapatan isi rumah sebanyak RM10,792 manakala Daerah Sepang kedua tertinggi dengan purata pendapatan isi rumah sebanyak RM10,121. Tiga (3) daerah lain adalah Daerah Gombak, Hulu Langat dan Klang yang masing-masing mencatatkan purata pendapatan isi rumah sebanyak RM9,908, RM9,593 dan RM8,606. Daerah lain di Selangor yang menduduki tangga dua puluh (20) teratas adalah Kuala Langat dan Kuala Selangor dengan purata pendapatan isi rumah sebanyak RM6,615 dan RM6,532.
-
Apakah perancangan kerajaan negeri untuk menaik taraf pendapatan isi rumah rakyat?
Menyedari kepentingan bagi membantu rakyat Selangor dalam menaiktaraf pendapatan isi rumah rakyat, Kerajaan Negeri telah melaksanakan langkah- langkah utama antaranya melalui pelaksanaan 43 inisiatif dan insentif di bawah Program IPR dengan enam (6) kluster tumpuan iaitu pendidikan, pekerjaan, perumahan, kekeluargaan, kesihatan dan
Antara program tersebut adalah:
- Bas Smart Selangor yang merupakan perkhidmatan bas percuma mula dilaksanakan pada 1 Julai 2015 dengan mengambilkira aspek- aspek seperti pemilihan laluan di kawasan berkepadatan tinggi untuk disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah. Keutamaan laluan adalah di kawasan yang tiada perkhidmatan bas sedia ada, manakala lokasi tumpuan adalah seperti pusat membeli belah, pejabat- pejabat kerajaan dan kemudahan
- Skim Hijrah Selangor yang merupakan skim mikrokredit kepada golongan miskin untuk membantu berhijrah kepada golongan berpendapatan kelas menengah. Sehingga 31 Julai 2017, seramai 38,914 orang telah mendapat manfaat melalui program ini dengan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan sebanyak RM240,385,500.00.
- Dana Usahawan Mikro Selangor iaitu insentif kepada usahawan muda berjumlah RM10,000 kepada RM30,000 bagi setiap permohonan sebagai galakan kepada usahawan muda meningkatkan poduktiviti dan pasaran produk yang seterusnya dapat mentransformasikan taraf hidup ke suatu tahap yang lebih
- Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan yang berbentuk penajaan bagi golongan masyarakat individu yang berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan atau pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000.00 terutamanya melibatkan peniaga-peniaga kecil. Program ini dilaksanakan dengan pemberian bantuan peralatan/mesin berdasarkan perusahaan yang sedang dijalankan. Antara lima (5) skop utama perusahaan adalah seperti jahitan, perniagaan makanan, perniagaan runcit, pengasuh kanak-kanak dan kraftangan. Sehingga 31 Julai 2017, jumlah penerima manfaat bagi Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan adalah seramai 3,264
- Bekalan Air 20m3 Percuma merupakan insentif Kerajaan Negeri bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi dengan menawarkan air bersih sebanyak 20 meter padu,
bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan bersamaan RM11.40 secara percuma untuk rakyat. Faedah ini adalah untuk semua tanpa mengira taraf ekonomi, kaum, fahaman politik, asalkan tinggal di Selangor, berhak mendapat air percuma tersebut, setiap bulan. Sehingga 31 Julai 2017, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM1,354,206,738.00 bagi membiayai bekalan percuma ini.
- Skim Peduli Sihat adalah penyediaan perkhidmatan percuma penjagaan kesihatan untuk 250,000 keluarga atau sejuta rakyat Selangor yang mempunyai pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM125 juta setahun bagi skim ini yang diuruskan oleh Selgate Corporation selaku Third-Party Healthcare Administrator. Peruntukan tersebut merangkumi pembiayaan rawatan kesihatan asas (primary care) setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun. Setiap peserta akan menerima kad kesihatan Peduli Sihat yang membolehkan pemegang akaun utama serta tanggungan, isteri juga anak di bawah 21 tahun menerima rawatan doktor (general practicioner) di klinik berdaftar menurut had gunaan dan kelayakan