Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

361) PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah data terperinci perbandingan jumlah pendapatan dan perbelanjaan anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2022 dan 2023?

    Perbandingan jumlah pendapatan dan perbelanjaan MBI dan anak-anak Syarikat utama MBI pada tahun 2022 dan 2023 adalah seperti berikut;

     

    Nama Syarikat Pendapatan (RM’000) Perbelanjaan Operasi (RM’000) Perbelanjaan Modal (RM’000)
    2022 2023 2022 2023 2022 2023

    Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dan anak Syarikat utama milikan MBI

    1,129,475 1,198,887 1,160,010 1,233,495 32,623 21,467
  2. Apakah fungsi dan peranan setiap anak-anak Syarikat dalam Kerajaan Negeri Selangor?

    1. Fungsi dan peranan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) dan syarikat-syarikat milikan MBI adalah seperti berikut :

     

    MBI Selangor memiliki rangkaian syarikat yang terlibat dalam pelbagai jenis portfolio perniagaan yang terbahagi kepada dua (2) kumpulan iaitu :

     

    1. Kumpulan Komersial

    Kumpulan Komersial merangkumi syarikat-syarikat komersial yang telah matang (matured subsidiaries) dan menjana pendapatan.

     

    2. Kumpulan Strategik

    Kumpulan Strategik merangkumi syarikat-syarikat bukan komersial atau bukan bersifat keuntungan (non-profit organisations) yang telah diamanahkan untuk menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat sebagai komitmen tanggungjawab sosial Kerajaan Negeri Selangor (“KNS”) kepada rakyat negeri Selangor.

  3. Apakah status anak Syarikat Kerajaan Negeri Mantapmurni Sdn Bhd, Selangor Aviation & Technology Innovation Sdn Bhd, Rantaian Mesra Sdn Bhd dan Selangor Fintech Sdn Bhd?

    Status syarikat-syarikat milikan MBI adalah seperti berikut :

     

    Bil. Nama Syarikat Status Aktiviti
    Aktif Dorman
    1. Rantaian Mesra Sdn Bhd   Dorman
    2. Mantapmurni Sdn Bhd Aktif
    3. Selangor Aviation & Technology Innovation Sdn Bhd Aktif
    4. Selangor Fintech Sdn Bhd Aktif

     

     

     

    Nota Tambahan :

     

    BIL. NAMA SYARIKAT FUNGSI DAN PERANAN SYARIKAT
    1. Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Mentadbir aset dan pelaburan Kerajaan Negeri Selangor (“KNS”) serta mewakili KNS dalam aktiviti ekonomi dan perniagaan yang berada di luar bidang kuasa KNS.
    2. Bukit Beruntung Golf & Country Club Resort Berhad Menguruskan dan mengendalikan operasi kelab golf dan rekreasi.
    3. Permodalan Negeri Selangor Berhad Melaksanakan projek-projek pembangunan hartanah sebagai perniagaan teras dan lain-lain bidang perniagaan seperti perkhidmatan insurans, perundingan pengurusan projek, perlombongan serta penerokaan bidang aeroangkasa melalui anak-anak syarikat di bawah Kumpulan PNSB.
    4. Kumpulan Semesta Sdn Bhd Untuk menjalankan perniagaan mencari, mengekstrak, melombong, mengkuari, mengimport, pengedaran dan perdagangan bahan batuan dan sumber mineral serta penyelenggaraan dan pembinaan jalan dan infrastruktur.
    5. Media Selangor Sdn Bhd Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor.
    6. UNISEL Sdn Bhd

    (dahulunya dikenali sebagai Pendidikan Industri YS Sdn Bhd)(“UNISEL”)

    Menyediakan kursus pendidikan tinggi, latihan akademik, pensijilan dan penghargaan, pengiklanan dan promosi program pendidikan, mengendalikan bengkel dan seminar, pengambilan dan penempatan pelajar, meningkatkan dan mempromosikan pengajaran dengan menggunakan teknologi maklumat dan pengangkutan.
    7. INPEN (Selangor) Sdn Bhd Menguruskan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (Selangor Technical Skills Development Centre atau “STDC”) yang menyediakan program latihan dalam bidang kemahiran dan teknikal (“TVET”).
    8. Air Selangor Holdings Berhad Syarikat pegangan pelaburan (Investment Holding)
    9. Rantaian Mesra Sdn Bhd Mempromosikan Program Inisiatif Peduli Rakyat.
    10. Yayasan Warisan Anak Selangor Mewujudkan, menganjurkan, mentadbir dan menyelenggara suatu dana yang dikenali sebagai Tabung Warisan Anak Selangor (“TAWAS”) untuk digunakan bagi memberi faedah dan kebajikan rakyat Selangor yang lahir dan didaftarkan di negeri Selangor pada dan selepas                               1 Januari 2008.
    11. Yayasan Hijrah Selangor  Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk melebarkan golongan kelas menengah di negeri Selangor melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil.
    12. Mantapmurni Sdn Bhd Syarikat pegangan pelaburan (Investment Holding)
    13. Invest Selangor Berhad Investment Advisory Services.
    14. Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd Menyediakan perkhidmatan pengurusan hartanah, pengurusan kemudahan dan pengurusan acara serta bertanggungjawab dalam menguruskan aset-aset milik MBI dan Kerajaan Negeri Selangor (“KNS”).
    15. Koridor Utiliti Selangor Sdn Bhd Badan Penyelaras dan Penyelia Utiliti Negeri Selangor untuk merancang serta membangunkan dasar dan garis panduan, menguruskan pelaksanaan termasuk pemantauan serta penguatkuasaan, membangunkan pangkalan data dan portal bagi koridor utiliti negeri Selangor.
    16. Darul Ehsan Investment Group Berhad Syarikat pegangan pelaburan (Investment Holding)
    17. Tourism Selangor Sdn Bhd Mempromosikan Selangor sebagai destinasi percutian dan menerajui pembangunan pelancongan di negeri Selangor.
    18. KDEB Waste Management Sdn Bhd Menguruskan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di dua belas (12) kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Selangor.
    19. SSDU Innovations Sdn Bhd Menguruskan projek, menawarkan konsultansi teknologi, pembangunan teknologi dan harta intelek (intellectual property) serta analisis big data dan aplikasi bandar pintar (Smart City).
    20. Selangor Aviation & Technology Innovation Sdn Bhd Menyediakan perundingan pengurusan, penyelidikan, khidmat nasihat, perkhidmatan penerbangan, pembuatan bahagian pesawat, bahagian pesawat, penyelenggaraan pesawat, penyelidikan dan pembangunan dan aktiviti penerbangan lain yang berkaitan.
    21. Selangor Fintech Sdn Bhd Menjalankan perniagaan berhubung aktiviti pengurusan rantaian bekalan dan produk serta perkhidmatan lain yang berkaitan.
    22. Wanita Berdaya Selangor Sdn Bhd Memantapkan kepimpinan wanita dalam membuat keputusan di semua lapisan masyarakat, menggalakkan penglibatan wanita dalam sosio-ekonomi dan politik serta meningkatkan keupayaan dan kemahiran wanita khususnya golongan B40.
    23. Selangor E-Wallet Sdn Bhd Pembangunan Projek e-wallet untuk Kerajaan Negeri Selangor bagi agenda Cashless dan e-servis Selangor.
    24. HIS Toyyiba Sdn Bhd Bertanggungjawab untuk membangunkan negeri Selangor sebagai pemimpin Industri dan Perdagangan Halalan Toyyiban Global (The Global Halalan Toyyiban Trade and Industries) di bawah inisiatif Halal International Selangor (“HIS”).

Lampiran

Tiada Lampiran.