Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

158) PENDAPATAN CUKAI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pungutan cukai kerajaan negeri dari 2008 Ð 2013?

    Jumlah pungutan hasil cukai yang telah dikutip oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2008 sehingga 31 Oktober 2013 adalah seperti di bawah:-

     

     

    TAHUN

     

    JUMLAH HASIL CUKAI (RM)

    2008 495,832,249.38
    2009 471,561,692.78
    2010 517,744,564.31
    2011 534,323,456.32
    2012 553,097,140.22
    Sehingga Oktober 2013 519,294,040.95
    Jumlah 3,091,853,143.96

    * Perincian hasil adalah seperti di Jadual (Lampiran).

     

  2. Apakah strategi dan langkah negeri untuk meningkatkan hasil pungutan cukai?

    Bagi meningkatkan   hasil    pungutan   cukai,    strategi    dan    langkah            yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:-

     

    Hasil Cukai : Cukai Tanah

     

    • Pemantauan Prestasi Kutipan Hasil Cukai Tanah Semasa dan Tunggakan Cukai Tanah semua Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Hasil, Penyusunan Strategi dan Kewangan Unit Hasil Daerah yang dianggotai oleh Perbendaharaan Negeri Selangor, Pejabat Tanah dan Galian Selangor, semua Pejabat Daerah dan Tanah, dan Bahagian Teknologi Maklumat SUK

     

    • Operasi Bersepadu Mengutip Hasil Tanah (Ops. Kutip) dengan pendekatan berikut:-

     

    1. Program Ketuk Pintu (Knock Door) dengan menghantar notis tuntutan dan surat peringatan terus kepada penunggak-penunggak tegar;

     

    1. mengadakan siri perbincangan bersama penunggak-penunggak tegar bagi menyelesaikan cukai tanah tertunggak;

     

    • memberikan peluang kepada penunggak untuk membayar secara ansuran berjadual dengan syarat pembayaran dibuat secara konsisten; dan

     

    1. sekiranya penunggak tegar tersebut masih tidak menjelaskan cukai tanah tertunggak, Pejabat Daerah dan Tanah akan menguatkuasakan Notis 6A, Notis Tuntutan Hasil Tertunggak dan sekiranya dalam tempoh 3 bulan ia masih tidak dijelaskan, maka Notis 8A, Rampasan Tanah akan

     

    • Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah sentiasa berusaha meningkatkan kutipan cukai tanah melalui beberapa kaedah iaitu:-

     

    1. Mengenal pasti serta mengasingkan semua hakmilik (tertunggak) yang bermasalah agar tindakan susulan dapat diambil;

     

    1. Program One Stop Centre (OSC) oleh Unit Hasil Daerah bersama Anak Syarikat/Agensi Kerajaan Negeri yang memberi penerangan tanggungjawab menjelaskan cukai tanah dan urusan pindah milik;

     

    • Membuka kaunter kutipan di luar pejabat bagi Pejabat Tanah Daerah di kawasan pedalaman; dan

     

    1. Menambahkan saluran / kaedah pembayaran secara online dan pusat pembayaran di kaunter

     

    • Pada tahun 2010, Kerajaan Negeri berusaha menangani tunggakan hasil cukai tanah dengan menubuhkan Jawatankuasa Kerja Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah di peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh

    Y.B. Pegawai Kewangan Negeri dan di peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah.

     

    • Kerajaan Negeri juga telah mewujudkan Jawatankuasa Tunggakan Cukai Tanah Anak Syarikat bagi memantau cukai tanah tertunggak Anak Syarikat/Agensi Kerajaan

     

    • Pada tahun 2012, Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan Taskforce Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah bagi 4 Pejabat Daerah dan Tanah utama iaitu Petaling, Klang, Hulu Langat dan

     

    • Kerajaan Negeri telah meningkatkan sasaran kutipan bagi Anugerah Hasil Cukai Tanah Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor dengan menaikkan sasaran prestasi kutipan cukai tanah semasa daripada 90 peratus kepada 95 peratus dan kutipan tunggakan cukai tanah daripada 70 peratus kepada 75

     

    Hasil Cukai : Cukai Hutan

     

    • Jabatan Hutan Negeri Selangor telah membuat penstrukturan semula dengan mewujudkan Unit Pengurusan Ekonomi Hutan khusus bagi memantau kutipan hasil pelbagai lesen dan permit sedia

     

    • Jabatan Hutan Negeri Selangor juga telah menukar kaedah kutipan hasil di Balai Pemeriksa Hutan (Kuari) dari manual kepada sistem berkomputer yang meminimakan kesilapan dan mengelakkan

     

     

    Hasil Cukai : Cukai Hiburan

     

    • Unit Cukai Hiburan, Perbendaharaan Selangor meningkatkan hasil cukai dengan melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas premis hiburan secara menyeluruh sepanjang

     

    • Unit Cukai Hiburan, Perbendaharaan Selangor merancang dalam mengambil hasil-hasil baru cukai dengan membuat kajian terhadap aktiviti hiburan yang boleh dikutip selaras dengan Akta Duti Hiburan
  3. Adakah terdapat sebarang kenaikan bayaran cukai kerana kenaikan kadar cukai atau kenaikan penilaian?

    Kenaikan kutipan cukai tanah, cukai hutan dan cukai hiburan adalah disebabkan oleh usaha-usaha berterusan yang dilaksanakan Jabatan

    Jadual : Hasil Negeri Selangor Bagi Tahun 2008 hingga 31 Oktober 2013

     

    PERIHAL 2008 2009 2010 2011 2012 2013
    RM RM RM RM RM RM
    Cukai Tanah 433,232,599.80 426,181,233.64 461,731,352.11 455,964,429.98 463,523,574.70 436,982,873.58
    Cukai Parit & Taliair 12,235,214.66 8,266,084.42 12,272,427.36 16,936,103.60 24,858,118.56 20,012,283.92
    Cukai Hasil Hutan 11,727,385.05 9,564,763.62 11,228,438.18 25,181,825.61 25,233,882.47 22,017,543.20
    Royalti Air 14,610,734.41 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
    Duti Eksais 13,675.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
    Cukai Hiburan 24,012,640.46 27,549,611.10 32,512,346.66 36,241,097.13 39,481,564.49 40,281,340.25
    HASIL CUKAI 495,832,249.38 471,561,692.78 517,744,564.31 534,323,456.32 553,097,140.22 519,294,040.95

    (Sumber : Penyata Hasil C1a, SPEKS)

Lampiran

Tiada Lampiran.