Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

79) PENDAFTARAN TAWAS

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa ramai yang telah berdaftar dengan program Tabung Warisan Anak Selangor sejak 2008?

    Jumlah pendaftaran program TAWAS mengikut tahun permohonan bagi tahun 2008 sehingga 11 Disember 2018.

    JUMLAH KESELURUHAN 332,466


    Maklumat tambahan :

    1. Pada tahun 2012, jumlah pendaftaran sangat tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana pendaftaran dibuka semula pada tahun 2012 untuk kelahiran 2008 hingga 2012.
    2. Pada tahun 2013, jumlah pendaftaran menurun kerana syarat pendaftaran TAWAS dibuka kepada bayi berusia sebelum 1 tahun.
    3. Pada tahun 2014 dan seterusnya menunjukkan peningkatan pendaftaran kerana syarat pendaftaran TAWAS dibuka kepada bayi berusia sebelum 3 tahun.

     

    Jumlah ahli yang lulus mengikut tahun kelahiran iaitu 2008 ialah sebanyak 21,346 orang ahli dan jumlah yang perlu dibayar pada tahun 2026 apabila mencapai umur 18 tahun adalah sebanyak RM32,019,000.00

  2. Berapa banyak wang RM1500.00 seorang yang perlu dibayar kepada mereka yang dilahirkan pada tahun 2008 apabila mereka mencapai umur 18 tahun pada tahun 2026?

Lampiran

Tiada Lampiran.