Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
207) PENDAFTARAN KILANG HARAM DI BAWAH INISIATIF PEMUTIHAN KILANG-KILANG SEJAK 2008
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa peratuskah kerajaan berjaya mendaftarkan kilang-kilang haram di bawah inisiatif ini?
Peratus Kerajaan berjaya mendaftarkan kilang-kilang haram di bawah inisiatif berdasarkan Data Laporan Kemajuan Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran Negeri Selangor adalah seperti dalam Jadual 1 berikut :
-
Adakah kilang-kilang haram ini masih memberi ancaman kepada bekalan air di Negeri Selangor.
Ya. Kewujudan kilang-kilang haram akan menambahkan lagi risiko permasalahan kualiti air kerana kekangan kawalan terhadap efluen dari premis-premis berkaitan. Aktiviti kilang haram ini juga tidak berlesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan tidak dikawal di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 oleh Jabatan Alam Sekitar. Disamping itu, kilang haram terutamanya yang berada di rizab sungai akan memberi kesan signifikan kepada sumber air berikutan pelepasan efluen yang tidak dirawat akan dibuang secara terus ke sungai yang akan memberi impak kepada kualiti sumber air dan seterusnya memberikan ancaman kepada muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) di bahagian hilir.