Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
63) PENDAFTARAN E-KASIH DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat mengenai pendaftaran e-Kasih mengikut pecahan kaum dan daerah di Selangor? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Statistik e-Kasih mengikut etnik sehingga 15 Oktober 2019
DAERAH MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH Gombak 3,130 149 952 177 4,408 Hulu Langat 2,800 240 566 191 3,797 Hulu Selangor 2,371 227 808 74 3,480 Klang 3,833 391 1,790 219 6,233 Kuala Langat 2,393 147 532 67 3,139 Kuala Selangor 4,585 147 1,077 86 5,895 Petaling 4,387 238 1,824 253 6,702 Sabak Bernam 4,619 262 214 67 5,162 Sepang 1,015 83 469 84 1,651 JUMLAH 29,133 1,884 8,232 1,218 40,467 -
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat mengenai bilangan pegawai bancian e-Kasih mengikut daerah? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Bilangan pembanci e-Kasih mengikut daerah Negeri Selangor sehingga 15 Oktober 2019
DAERAH JUMLAH Gombak 6 Hulu Langat 5 Hulu Selangor 4 Klang 5 Kuala Langat 4 Kuala Selangor 5 Petaling 6 Sabak Bernam 5 Sepang 3 Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (PPNS) 8 JUMLAH 51 28 pembanci menggunakan peruntukan ICU JPM dan 23 pembanci menggunakan peruntukan kerajaan Negeri Selangor.
-
Adakah Kerajaan Negeri sedar bahawa proses pengesahan permohonan e-Kasih adalah agak lambat?
Proses pengesahan permohonan eKasih melibatkan proses seperti berikut:
- Tapisan awal pendaftaran – semakan dokumen permohonan & dokumen sokongan (maksimum 1 bulan);
- lawatan bancian verifikasi di rumah pemohon (3 bulan); dan
- kemasukan data ke dalam sistem eKasih (data entry) bagi yang layak mengambil masa maksimum 2 bulan untuk setiap permohonan yang lengkap.
Maklumat Tambahan : proses kerja verifikasi di Lampiran 1