Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

136) PENDAFTARAN DALAM TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peserta telah mendaftar dalam TAWAS setiap tahun dari 2008 hingga 2015?

    Jumlah peserta yang telah mendaftar dalam TAWAS dari tahun 2008 hingga 2015 adalah seperti jadual di bawah:

     

    TAHUN JUMLAH PENDAFTARAN
    2008 895
    2009 14,928
    2010 17,590
    2011 22,881
    2012 42,676
    2013 28,945
    2014 39,719
    2015 45,154
    JUMLAH KESELURUHAN 212,788
  2. Berapakah jumlah peserta anak-anak TAWAS mengikut pecahan kaum Melayu, Cina, India dari tahun 2008 hingga 2015?

    Berikut adalah jumlah peserta anak-anak TAWAS mengikut pecahan kaum Melayu, Cina, India dari tahun 2008 hingga 2015:

     

    TAHUN MELAYU CINA INDIA LAIN- LAIN JUMLAH
    2008 499 240 151 5 895
    2009 7,598 4,811 2,270 249 14,928
    2010 11,234 3,493 2,435 428 17,590
    2011 15,040 4,311 3,021 509 22,881
    2012 26,176 8,974 6,264 1,262 42,676
    2013 18,923 5,313 3,740 969 28,945
    2014 27,920 6,713 3,785 1,301 39,719
    2015 32,613 7,399 3,912 1,230 45,154
    JUMLAH KESELURUHAN 140,003 41,254 25,578 5,953 212,788
  3. Berapakah peserta anak-anak TAWAS yang telah mendaftar di bawah DUN Kota Anggerik dari tahun 2008 hingga 2015?

    Berikut adalah jumlah peserta TAWAS yang telah mendaftar di bawah DUN Kota Anggerik dari tahun 2008 hingga 2015:

     

    TAHUN JUMLAH PENDAFTARAN
    2008 29
    2009 381
    2010 1,092
    2011 1,077
    2012 1,589
    2013 1,303
    2014 1,587
    2015 1,829
    JUMLAH KESELURUHAN 8,887

     

    Berdasarkan Jawapan a) – c), jumlah pendaftaran pada tahun 2012 adalah paling banyak meningkat kemudian jumlah pendaftaran menurun sedikit pada tahun 2013 dan meningkat semula pada tahun 2014 dan tahun seterusnya.

    Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut;

     

    • Faktor promosi yang dijalankan oleh YAWAS. Dari tahun ke tahun bermula 2008, YAWAS giat memperluaskan promosi mengenai TAWAS ke seluruh Selangor agar anak-anak Selangor yang layak didaftarkan dalam program ini.

     

    • Syarat-syarat pendaftaran yang diberi kelonggaran daripada usia 1 tahun kepada 3

     

    • Pada permulaannya, tempoh pendaftaran perlu dilakukan sebelum usia anak 1 tahun. Namun pada tahun 2011 melalui minit mesyuarat ALPA YAWAS 03/2011 keputusan telah dibuat iaitu pendaftaran dibuka kepada semua anak-anak Selangor yang melebihi usia 1 tahun untuk mendaftar TAWAS. Kelonggaran syarat tersebut ditamatkan pada 31hb Disember 2012.

     

    • Seterusnya syarat tempoh pendaftaran dilonggarkan semula pada tahun 2014 iaitu pendaftaran terbuka bagi anak-anak Selangor yang berusia 3 tahun ke bawah. Keputusan ini dipersetujui dalam mesyuarat ALPA YAWAS BIL 02/2014 dan kelulusan telah dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bertarikh 9hb Julai

Lampiran

Tiada Lampiran.