Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
181) PENCURIAN TANAH MERAH
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pencurian tanah merah sering berlaku di Kampung Sri Cheding. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri terhadap mereka yang mencuri tanah-tanah merah ini? Bagaimanakah kerajaan negeri akan menguruskan tanah-tanah merah ini?
Permintaan terhadap tanah merah di Daerah Kuala Langat agak tinggi
memandangkan terdapat banyak projek pembangunan yang sedang berjalan
sedangkan sumber tanah merah agak terhad. Kedudukan Kampung Seri
Cheeding dan kawasan sekitamya agak berbukit dan merupakan kawasan yang mempunyai tanah merah di mana sebahagian besar tanah di kawasan tersebut adalah tanah persendirian.Mengikut Kanun Tanah Negara 1965, sebarang pengalihan bahan batuan
termasuk tanah merah perlu mendapat kelulusan atau permit daripada Kerajaan Negeri permit tersebut boleh dikeluarkan sarna ada di atas tanah persendirian atau tanah kerajaan dengan syarat mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Kerajaan negeri.Mengenai kecurian tanah merah di Kampung Seri Cheeding sebenamya ialah
pengalihan bahan batuan iaitu tanah merah tanpa permit oleh tuan-tuan tanah persendirian. Pengalihantanah merah ini adalah berskala kecil.Tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang terlibat dalam pengalihan bahan batuan (tanah merah) secara tidak sah adalah seperti berikut:
i) Mendakwa mereka yang terlibat mengikut Seksyen 426 Kanun Tanah
Negara. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi
RM 10,000.00 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya
sekali.ii) Mengenakan kompaun mengikut Seksyen 429(B) Kanun Tanah Negara.
Setiap kesalahan dikenakan kompauntidak melebihi RM500.00.Pendakwaan mengikut Seksyen 426 Kanun Tanah Negara agak sukar
dilaksanakan kerana masalah teknikal. Oleh itu mereka yang terlibat dalam
pengalihan bahan batuan termasuk tanah merah yang tidak mempunyai permit akan dikenakan kompaun mengikut Seksyen 429 (B).Kerajaan Negeri akan memberi pertimbangan terhadap permohonan pengalihan tanah merah mengikut peraturan semasa (kanun Tanah Negara) demi kepentingan tuan tanah dan menjamin pembangunan negeri tidak terjejas.