Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
183) PENCEROBOHAN TANAH-TANAH NEGERI
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan pendirian kerajaan negeri terhadap tanah-tanah negeri yang telah di ceroboh sama ada oleh pihak perseorangan ataupun kumpulan-kumpulan tertentu.
Kerajaan Negeri telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pejabat Tanah Daerah menjalankan aktiviti penguatkuasaan bagi menghalang individu atau mana-mana kumpulan menceroboh tanah Kerajaan Negeri. Aktiviti penguatkuasaan ini dijalankan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah
Satu pasukan penguatkuasaan khas telah diwujudkan bersama agensi-agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengatur operasi penguatkuasaan ke atas pencerobohan secara individu/berkumpulan dengan mengenakan kompaun kepada pesalah-pesalah yang diberkas dan mendakwa kesalahan pencerobohan tersebut di mahkamah.
Terbaru, Pejabat Tanah Dan Galian Selangor telah mengadakan Bengkel Pemantauan ‘SOP’ Penguatkuasaan Bersepadu Negeri Selangor Bersama Pejabat Tanah Daerah, PDRM, SPRM dan APNM bagi memastikan kerja-kerja pengusiran pencerobohan tanah Kerajaan dilakukan secara teratur dari segi undang-undang dan teknikal.
-
Sila nyatakan apakah pendirian kerajaan negeri untuk memberikan hak milik tanah kerajaan kepada pihak perseorangan atau pertubuhan-pertubuhan yang lain, Jika ada apakah mekanismenya untuk mereka memiliki tanah-tanah tersebut.
Kerajaan Negeri tiada halangan dan akan terus membantu rakyat Selangor atau mana-mana pertubuhan yang ingin memiliki tapak/tanah kerajaan dengan syarat mematuhi peruntukan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, pemohon adalah tertakluk di bawah peruntukan Seksyen 43 Kanun Tanah Negara 1965 seperti berikut :
- Orang-orang yang benar selain remaja;
- Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan mereka untuk memegang tanah;
- Raja-Raja Pemerintah, Kerajaan, Organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan-peruntukan ordinan keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957; dan
- Badan-badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang