Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

138) PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN DAN TANAH PERSENDIRIAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan penguatkuasaan yang dilakukan untuk menyekat pencerobohan ke atas tanah kerajaan dan tanah persendirian?

    Sebarang jenis pencerobohan yang dilakukan ke atas tanah kerajaan akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN). Antara usaha Kerajaan Negeri bagi menyekat pencerobohan ke atas tanah kerajaan adalah dengan mendirikan papan tanda tanah kerajaan dan membina pagar di atas tanah tersebut. Sehingga Oktober 2017, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sekitar RM 100,000.00 bagi mendirikan pagar di dua kawasan tanah kerajaan. Sekiranya berlaku sebarang pencerobohan di atas tanah kerajaan, Pentadbir Tanah akan mengeluarkan notis 425 Kanun Tanah Negara (KTN). Tindakan penguatkuasaan seperti perobohan akan dilaksanakan terhadap penceroboh yang masih ingkar

    Bagi pencerobohan di atas tanah persendirian adalah menjadi tanggungjawab pemilik tanah untuk menjaga tanah-tanah yang telah diberi milik kepada mereka.

  2. Adakah perlu untuk menggubal enakmen baru bagi mendenda dan memenjarakan penceroboh tanah kerajaan dan tanah persendirian?

    Kerajaan Negeri berpandangan buat masa ini tidak perlu untuk digubal enakmen baru kerana Kanun Tanah Negara (KTN) telah dibuat pindaan pada tahun 2016 di bawah Akta A1516 dan diguna pakai bermula Januari 2017 yang mana denda ke atas penceroboh tanah kerajaan telah dinaikkan daripada RM10,000.00 kepada RM500,000.00 serta penjara juga telah dipanjangkan tempoh daripada dua (2) tahun kepada lima (5) tahun. Manakala, tiada peruntukan undang-undang yang diperuntukkan bagi tanah persendirian. Mengikut Seksyen 44 (1) (a) KTN,  pemilik tanah  mempunyai hak  eksklusif  ke atas tanahnya. Justeru itu, pemilik tanah hendaklah menjaga tanah yang diberi milik daripada sebarang

Lampiran

Tiada Lampiran.