Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
28) PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah pencerobohan tanah kerajaan yang telah dikenalpasti di Selangor?
Sehingga kini, jumlah pencerobohan tanah kerajaan yang telah dikenalpasti adalah sebanyak 480kes.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri kepada penceroboh terbabit?
Selaras dengan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965, mana-mana penceroboh tanah kerajaan jika disabitkan kesalahan akan dikenakan denda yang tidak melebihi RM10,000.00, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya sekali. Penceroboh juga akan diarahkan untuk mengosongkan tanah kerajaan yang diceroboh mengikut tempoh yang telah ditetapkan dalam notis.