Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

263) PENCEROBOHAN RIZAB SUNGAI DAN PEMBAKARAN SAMPAH SECARA HARAM DI LEMBAH KINRARA PUCHONG

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan tegas yang akan diambil oleh kerajaan untuk membanteras kegiatan pencerobohan rizab sungai dan pembakaran terbuka secara haram di Lembah Kinrara Puchong?

    1. Pada 23.1.2013, Pejabat Tanah dan Daerah Petaling telah melaksanakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu yang melibatkan jabatan/agensi yang berkaitan seperti Pejabat Tanah Galian Selangor, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor/Petaling, Lembaga Urus Air Selangor dan dibantu oleh pihak Polis Diraja Malaysia. Walaubagaimanapun, operasi penguatkuasaan pada hari berkenaan telah mendapat tentangan atau provokasi dari pihak penceroboh. Dengan nasihat pihak polis, operasi telah dihentikan dan pihak penceroboh telah diberi notis untuk mengosongkan kawasan berkenaan.

     

    Namun usaha Kerajaan diteruskan lagi dengan mengadakan beberapa operasi penguatkuasaan secara bersepadu dan berperingkat. Antara tindakan operasi yang dilaksanakan secara berperingkat adalah seperti berikut :

     

     

     

     

     

     

     

     

    Bil Operasi Jabatan Tarikh
    1 Operasi PACAK MPSJ 23 Feb 2012

     

    2 Operasi PACAK MPSJ 24-25 Mei 2012
           
    3 Operasi Perobohan Dan Pembersihan PTD PETALING 23 Jan 2014
      Sampah Haram DI Rezab Sg Klang (MPSJ)    
           

     

  2. Apakah rancangan kerajaan negeri dalam penstrukturan semula rizab sungai di Lembah Kinrara Puchong?

    Rizab sungai di Lembah Kinrara, Puchong adalah sebahagian daripada rizab Sg. Klang yang telah diwartakan di bawah Seksyen 13 Kanun Tanah Negara pada tahun 2009 (Pewartaan Rizab Sg. Klang No. 2004). Di bawah Warta ini, kedua-dua belah tebing Sg. Klang selebar 50m telah diwartakan sebagai rizab sungai dan dikawal oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan diselenggara oleh Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Selangor.

     

    Berkaitan penstrukturan semula rizab sungai di Lembah Kinrara, kerajaan negeri telah mempunyai perancangan untuk memagar sempadan rizab sungai sebagai salah satu usaha untuk mengelakkan pencerobohan rizab sungai. Walaubagaimanapun, projek pemagaran rizab sungai ini hanya boleh dilaksanakan di atas tanah-tanah kerajaan tanpa melibatkan tanah milik persendirian. Projek ini akan dilaksanakan setelah proses kelulusan peruntukan diperolehi.

  3. Berapakah kos yang telah ditanggung oleh kerajaan negeri akibat kegiatan pencerobohan rizab sungai di Lembah Kinrara?

    1. Kerja-kerja pemulihan rizab sungai di Lembah Kinrara, Puchong dianggarkan akan melibatkan kos sebanyak RM 3.7juta. Skop kerja yang terlibat adalah mengangkut keluar sampah, menambak balik tebing sungai serta pemasangan pagar sepanjang 4km di lokasi-lokasi kritikal yang telah dikenalpasti sebagai kritikal seperti di Kg. Lembah Kinrara, Bt. 10, Taman Perindustrian Bt. 13 dan Jalan Tilapia, Kg. Bukit Lanchong.

     

    Maklumat Tambahan :

     

    Berikut di bawah adalah kronologi bagi tindakan yang telah diambil oleh Pejabat Tanah Daerah Petaling berhubung aktiviti pencerobohan rizab dan pembakaran sampah secara haram di Lembah Kinrara Puchong.

     

     

     

     

     

      TARIKH   TINDAKAN
       
           
        Notis 425 Kanun Tanah Negara telah dihantar kepada
      25 Sept 2013   pemilik yang telah membina struktur haram di atas tapak
          tersebut.
        Notis diberi dalam masa 14 Hari.

     

    7 Jan 2014 ‐Notis peringatan terakhir telah diberikan kepada pemilik
        yang telah membina struktur haram di atas tapak tersebut.
        ‐Pejabat Tanah dan Daerah Petaling telah melaksanakan  
        operasi secara bersepadu bersama Pejabat Tanah Galian  
      23 Jan 2014 Selangor, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Jabatan  
        Pengairan dan Saliran Selangor / Petaling, Lembaga Urus  
        Air Selangor dan dibantu oleh pihak Polis Diraja Malaysia  
        pada 23.1.2014.  
        ‐Satu lawatan tapak bersama pihak Majlis Perbandaran
        Subang Jaya dan Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor /
        Petaling telah diadakan bagi menyelesaikan struktur kilang
        tong drum. Pemilik kilang telah diberi masa sehingga
      01 Oktober 2014 pertengahan bulan 11 untuk keluar dari tapak. Pemilik kilang
        akur dengan arahan dan telah menjalankan kerja-kerja

     

    pemindahan. Proses pemindahan telah mencapai 80 peratus dan dijangka akan selesai pertengahan bulan 11. Pihak Pejabat Tanah akan menutup laluan masuk setelah keseluruhan pemindahan selesai.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.