Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
277) PENCEROBOHAN PUKAT TUNDA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi menangani pencerobohan Pukat Tunda?
Jabatan Perikanan telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pemilikpemilik vesel pukat tunda yang terlibat dalam pencerobohan sekiranya didapati berlaku dan tindakan pelesenan juga akan diambil iaitu dengan menggantung lesen vesel, tidak memperbaharui atau terus membatalkan lesen vesel pukat tunda.
Jabatan Perikanan juga juga tidak menggalakkan penggunaan pukat tunda dan telah membekukan lesen baru sejak tahun 1982 serta sentiasa mencari jalan mengurangkan impaknya kepada sumber perikanan. Mulai 1 November 2013, Jabatan Perikanan Malaysia telah menguatkuasakan peraturan baru dengan penggunaan saiz mata keroncong pukat tunda tidak kurang 38 milimeter (38mm) bagi nelayan zon B. Tujuan utama penguatkuasaan tersebut adalah untuk mengurangkan tekanan terhadap sumber perikanan terutamanya penangkapan anak-anak ikan komersil di kawasan pesisir pantai.
-
Apakah tindakan yang telah diambil kepada pemilik pukat tunda?
Sama seperti di SUB (a)