Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
245) PENCEROBOHAN KAWASAN HUTAN SIMPAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan kawasan hutan simpan yang masih terdapat aktiviti pencerobohan walaupun pelbagai langkah dan tindakan telah dilakukan oleh pihak Jabatan Perhutanan mengikut pecahan daerah?
Kawasan hutan simpan yang masih terdapat aktiviti pencerobohan telah dikenal pasti dan dalam proses mengambil tindakan penguatkuasaan ditunjukkan seperti jadual berikut mengikut pecahan daerah. Sehingga kini Jabatan telah mengambil tindakan ke atas pencerobohan di Hutan Simpan Raja Musa seluas 770 hektar dalam tempoh 4 Disember 2008 hingga bulan 29 Oktober 2009. Lain-lain kawasan pencerobohan telah pun di bentangkan dalam MMKN dan akan diambil tindakan bermula Januari 2010.
Bil. Hutan Simpan Luas (ha) Daerah Pentadbiran 1 Sungai Karang 1,434.00 Sabak Bernam 2 Kuala Langat Utara 33.25 Kuala Langat 3 Kuala Langat Selatan 124.28 Kuala Langat/Sepang 4 Kapar 50.00 Kuala Selangor/Klang 5 Bukit Lagong 99.00 Gombak 6 Hulu Gombak 104.00 Gombak 7 Ampang 1.80 Gombak 8 Sungai Lalang 48.74 Hulu Langat 9 Air Hitam 2.20 Petaling 10 Bukit Sungai Puteh 0.40 Hulu Langat 11 Bukit Belata Tambahan
32.00 Hulu Selangor 12 13
14
15
Bukit Cherakah Jugra
Hulu Langat
Pantai Remis
50.00 8.00
146.00
0.30
Petaling Kuala Langat
Hulu Langat
Kuala Selangor
Jumlah + 2,034.00 -
Sila kemukakan butiran terperinci mengenai nama-nama individu dan syarikat yang terlibat dalam aktiviti pencerobohan secara haram dalam tempoh setahun bermula dari bulan Jun 2008 hingga bulan Jun 2009?
Butiran terperinci mengenai nama-nama individu dan syarikat yang terlibat dalam aktiviti pencerobohan dalam tempoh setahun bermula bulan Jun 2008 hingga bulan Jun 2009 adalah seperti berikut:-
Untuk tempoh Jun 2008 hingga Disember 2008 tiada kes pencerobohan di rekodkan. Bagi tempoh Januari 2009 hingga Jun 2009 adalah seperti berikut:
Bil Nama OKS Lokasi Kejadian Kesalahan 1. Syahril bin Mohd Nor Kompat 53 Hutan Simpan Hulu Langat
Menebang sebatang pokok nibong 2. Mudajaya Corporation Berhad
Kompt 15 Hutan Simpan Kanching
Membuat kajian sampel tanah tanpa kebenaran Jabatan
3. Perbadanan Kemajuan Pertanian
Selangor (PKPS)
Blok 17/87 Hutan Simpan Bukit Tarek
Penebangan pokok di luar kawasan lesen US/HS/2007/Balak
4. Teh Beng Hong Kompt 6 Hutan Simpan Kuala Langat
Utara
Menggali parit dan membina jalan tanpa kebenaran -
Sila nyatakan apakah langkah-langkah pencegahan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membendung kegiatan tersebut agar kawasan hutan Simpan dapat terus terpelihara?
Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri, melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor untuk membendung kegiatan tersebut adalah seperti berikut:
- Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengenal pasti kawasan penempatan/kampung, projek-projek kerajaan dan Lesen Pendudukan Sementara(TOL) yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah dalam HSK bagi tujuan pertimbangan MMKN sama ada untuk di warta keluar dari HSK atau diambil tindakan undang-undang.
- Bagi kawasan penerokaan haram/pendudukan tanpa kebenaran, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengambil tindakan penguatkuasaan antara lain seperti berikut:
- memusnahkan tanaman.
- merobohkan binaan dan infrastruktur.
- menahan jentera, kenderaan dan peralatan kerja.
- merobohkan infrastruktur pertanian antaranya kolam, kandang/reban ternakan.
- menangkap individu yang menduduki hutan simpan tanpa kebenaran.
- mengkompaun atau mendakwa di mahkamah individu terbabit mengikut jenis kesalahan hutan yang dilakukan
3) Sekiranya kawasan-kawasan penerokaan haram/pendudukan tanpa kebenaran diluluskan Permit Penggunaan oleh MMKN maka hendaklah dikenakan had tempoh masa tertentu bagi membolehkan kawasan ini dipulihkan semula setelah tempohnya tamat.