Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

125) PENCEROBOHAN KAWASAN HUTAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan menurut daerah pencerobohan kawasan hutan yang berlaku sepanjang tahun 2016.

    Pada tahun 2016, sejumlah 19 kesalahan pencerobohan hutan telah dilakukan oleh orang awam. Jumlah bilangan kesalahan mengikut lima (5) Daerah Sivil adalah seperti berikut :

    (i)Kuala Langat :Lima (5) kesalahan dilakukan di HS Kuala Langat Selatan bagi tujuan pertanian.

    (ii)Klang :Satu (1) kesalahan membuang sampah di HS Telok Gedong.

    (iii)Hulu Selangor  :Tiga (3) kes berasingan iaitu satu (1)kesalahan Mengambil Hasil Hutan Tanpa kebenaran di HS Ulu Yam, penolak tanah di  sempadan HS Serendah dan Bukit Tarek.

    (iv)Gombak :Satu (1) kes penolakan tanah dilakukan di sempadan HS Bukit Cherakah.

     

    (v)Petaling:Lapan (8) kes tangkapan telah dibuat di HS Ayer Hitam, Puchong.

    Jadual I : Jumlah bilangan pencerobohan mengikut Daerah Sivil dan Daerah Hutan.

    BIL. DAERAH HUTAN DAERAH SIVIL BIL. PENCEROBOHAN HUTAN 2016
    1. Pantai Klang Kuala Langat 5
    Klang 1
    Sepang
    Sabak Bernam
    Sebahagian Kuala Selangor
    2. Hulu Selangor Hulu Selangor 3
    Sebahagian Gombak 1
    Sebahagian Kuala Selangor
    3. Selangor Tengah Sebahagian Gombak
    Petaling 8
    Hulu Langat
    JUMLAH   19
  2. Senaraikan jenis pencerobohan dan penyalahgunaan tanah yang berlaku dalam tempoh itu.

    Di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985, terdapat beberapa seksyen yang melibatkan pencerobohan hutan dan ianya adalah bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan. Jumlah bilangan kes mengikut jenis kesalahan dan sabit kesalahan mengikut seksyen adalah seperti di dalam Jadual II di bawah :

    Jadual II : Jumlah bilangan kesalahan mengikut jenis pencerobohan dan peruntukan seksyen.

    BIL. JENIS PENCEROBOHAN (HSK) BILANGAN
    1. Penolakan tanah

    –   Sek. 32 Enakmen (Pemakaian) APN1985

    3
    2. Mengambil hasil hutan tanpa kebenaran

    –  Sek.15 Enakmen (Pemakaian) APN 1985

    1
    3. Membersih atau membajak tanah untuk tanaman pertanian

    –    Sek.81(1)(e) Enakmen (Pemakaian) APN 1985

    5
    4. Membuang sampah di dalam kawasan HSK

    –  Sek.83 Enakmen (Pemakaian) APN 1985

    1
    5. Memasuki tanpa kebenaran

    –  Sek.47 Enakmen (Pemakaian) APN 1985

    9
      JUMLAH 19
  3. Sekiranya dikenakan tindakan saman, senaraikan menurut daerah berapakah jumlah saman yang dapat dikumpulkan?

    Berdasarkan kepada 19 kes kesalahan tersebut, setiap kesalahan telah dikenakan kompaun atau denda. Jumlah keseluruhan            kutipan ke atas kesalahan pencerobohan hutan adalah RM36,200.00. Pecahan bayaran jumlah kompaun mengikut Daerah Sivil adalah seperti di Jadual III.

    Jadual III: Jumlah bayaran kompaun dan denda mengikut Daerah Sivil dan Daerah Hutan.

    BIL. DAERAH HUTAN DAERAH SIVIL JUMLAH KOMPAUN & DENDA 2016

    (RM)

    1. Pantai Klang Kuala Langat 19,000.00
    Klang 2,000.00
    2. Hulu Selangor Hulu Selangor 8,000.00
    Sebahagian Gombak 4,000.00
    3. Selangor Tengah Petaling 3,200.00
    JUMLAH 36,200.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.