Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
143) PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah keluasan tanah Kawasan Hutan Simpan Sungai Karang yang telah di ceroboh dan diterokai ?
Keluasan tanah hutan simpan Sungai Karang yang telah diteroka ialah seluas lebih kurang 1,434 hektar.
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas tanah kawasan hutan simpan Sungai Karang yang telah di ceroboh tersebut ?
Kerajaan Negeri melalau MMKN telah dimaklumkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengenai status penerokaan dalam hutan simpan di negeri Selangor dan tindakan akan diambil mengikut sesuatu kes mulai tahun 2010 termasuklah pencerobohan hutan di Hutan Simpan Sungai Karang.
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menjadikan kawasan hutan simpan Sungai Karang dapat menjamin sistem pengairan sawah padi di Kuala Selangor dan Sabak Bernam tidak terjejas ?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor terus merangka pelan tindakan yang lebih berkesan dalam mencegah dan menghentikan kegiatan penerokaan kawasan HSK tanpa kebenaran dan merangka pelan kerja bagi pemulihan kawasankawasan yang telah diteroka/diduduki. Amalan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Selangor dalam kawasan pencerobohan hutan simpan paya gambut ialah dengan mengembalikan hutan simpan paya gambut kepada keadaan asal dan dengan kaedah ini dapat meningkatkan paras air dalam hutan simpan seterusnya menjamin sistem pengairan sawah padi di Kuala Selangor dan Sabak Bernam.