Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
10) PENCEROBOHAN HUTAN BAGI TUJUAN PERTANIAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila kemukakan bilangan projek pertanian haram di atas kawasan hutan menurut daerah di seluruh Negeri Selangor
Sehingga Disember 2008, seluas kira-kira 3,972.7 ha kawasan HSK di Negeri Selangor dikesan telah diteroka haram/duduki tanpa kebenaran yang merupakan kesalahan hutan di bawah Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara 1984. Ringkasan berikut merupakan kawasan HSK yang diteroka haram/diduduki secara tanpa kebenaran mengikut HSK dan Daerah Pentadbiran Tanah. Aktiviti penerokaan haram/pendudukan tanpa kebenaran ini berlaku hampir di seluruh Negeri Selangor. HSK Sungai Karang dan HSK Raja Musa dalam Daerah Pentadbiran Tanah Kuala Selangor merupakan kawasan yang paling luas diteroka dengan aktiviti pertanian iaitu (2,204 ha). Ini diikuti oleh HSK Kuala Langat Selatan(1,244 ha).
Bil. Hutan Simpan Luas (ha) Daerah Pentadbiran 1 Sungai Karang 1,434 Sabak Bernam 2 Kuala Langat Utara 33 Kuala Langat 3 Kuala Langat Selatan 1,244 Kuala Langat/Sepang 4 Kapar 50 Kuala Selangor/Klang 5 Bukit Lagong 99 Gombak 6 Hulu Gombak 104 Gombak 7 Ampang 2 Gombak 8 Sungai Lalang 49 Hulu Langat 9 Air Hitam 2 Petaling 10 Bukit Sungai Puteh 0.4 Hulu Langat 11 Raja Musa 770 Kuala Selangor 12 Bukit Belata Tambahan 32 Hulu Selangor 13 Bukit Cherakah 50 Petaling 14 Jugra 8 Kuala Langat 15 16
Hulu Langat Pantai Remis 146 0.3
Hulu Langat Kuala Selangor Jumlah + 3,972.7 -
Berapa banyakkah kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri disebabkan aktiviti haram ini dari tahun 2004 hingga 2008
Kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri disebabkan aktiviti haram ini dari tahun 2004 hingga 2008 adalah dalam bentuk hasil kutipan royalti, ses dan premium yang sepatutnya boleh dikutip ke atas lesen pembalakan sekiranya dikeluarkan lesen. Dianggarkan seluar lebih kurang 450 ha diteroka dalam tempoh 2004 – 2008.Jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM4.5 juta, tidak termasuk sebanyak lebih kurang RM10 juta yang diperlukan bagi tujuan pemulihan kawasan terokaan ini.
-
Apakah faktor-faktor menyebabkan berlakunya pencerobohan hutan bagi tujuan pertanian ini dan apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dalam mengatasinya
Faktor-faktor menyebabkan berlakunya pencerobohan hutan bagi tujuan pertanian ini adalah disebabkan :-
- Pengeluaran Hak Milik dan Lesen Pendudukan Sementara (TOL), oleh Pentadbir Tanah Daerah dalam hutan simpan tanpa pengetahuan jabatan/prosedur yang betul.
- Projek-projek pembangunan kerajaan dalam HSK dilaksanakan tanpa mengikuti prosedur/ tanpa permohonan kepada jabatan.
- Halangan berbentuk arahan penangguhan atau pembatalan tindakan penguatkuasaan jabatan oleh kepimpinan negeri/ ahli politik bagi kerajaan memerintah.
- Keselamatan kakitangan tidak terjamin ketika melaksanakan tindakan kerana ketiadaan senjata api.
- Kekurangan kakitangan penguatkuasaan serta kakitangan yang tetap khususnya di bidang penyiasatan dan pendakwaan bagi membolehkan kes kesalahan hutan dibawa ke mahkamah.
- Tindakan penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri yang tidak consistant dan persistant.
Tindakan pencegahan dan penguatkuasaan yang telah dan akan diambil oleh langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasinya dalam membanteras penerokaan/ pendudukan secara tanpa kebenaran di HSK adalah seperti:
- Tindakan Pencegahan
- Menanda dan menyelenggara sempadan HSK. Penyelenggaraan sempadan perlu dibuat secara berkala (sekurang-kurangnya 5 tahun sekali) bagi mengelak sempadan dinaiki semak serta gagal dikesan.
- Memasang Papan Tanda HSK – pemasangan plet perlu dibuat di sepanjang sempadan yang telah di tanda. Juga dipasang kenyataan larangan masuk tanpa kebenaran, dengan pemberitahuan penalti dan denda di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.
- Menutup Jalan/Laluan Masuk ke HSK – membina pagar berpalang besi (berkunci) atau menggali parit atau meletakkan batu penghadang (concrete beam) di jalan masuk bagi mencegah kemasukan kenderaan peneroka tanpa kebenaran.
- Mengadakan aktiviti Pengembangan Kepentingan Pemeliharaan HSK kepada masyarakat.
- Pemantauan dan rondaan – menjalankan aktiviti pemantauan dan rondaan secara kerap dan konsisten termasuk pada hari kelepasan dan cuti am serta di luar waktu pejabat.
- Penggunaan Teknologi Geomatik (Remote Sensing, GPS dan GIS)- bagi penyediaan peta kawasan risiko pencerobohan tanpa kebenaran, pengesanan dan penjejakan lokasi kejadian dengan cepat dan tepat.
- Tindakan Penguatkuasaan
- Menubuhkan Jawatankuasa Penyelaras Tindakan Membanteras Penerokaan Tanpa Kebenaran dengan mengambil tindakan penguatkuasaan undangundang secara bersama/bersepadu menerusi penglibatan agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Polis, Pejabat Tanah Daerah, RELA dan Pihak Berkuasa Tempatan.
- Mengeluarkan Notis Pemberitahuan mengosongkan tempat ketika tindakan penguatkuasaan bakal diambil bagi memberi tempoh masa secukupnya untuk pengosongan/tindakan sewajarnya dibuat oleh peneroka terbabit (khusus bagi kes melibatkan pendudukan secara haram).
- Memusnahkan tanaman serta binaan infrastruktur/pertanian seperti rumah/pondok, kandang, jambatan dan perparitan dan kolam ikan/udang.
- Merampas/sita/tahan jentera, kenderaan dan peralatan kerja.