Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
33) PENCEROBOHAN HUTAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Umum memaklumi sebahagian daripada kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang menghadapi masalah pencerobohan hutan dan penerokaan tanah yang telah berlarutan sekian lama. Berapakah jumlah sebenar keluasan kawasan penerokaan yang terlibat?
Terdapat empat(4) kawasan Hutan Simpan Kekal yang terletak di dalam DUN
Permatang iaitu Hutan Simpan Raja Musa, Hutan Simpan Sungai Karang, Hutan
Simpan Banjar Utara dan Hutan Simpan Bukit Belata Tamabahan (Bukit Tunggal)
dengan jumlah keluasan 81,351.98 ha. Penerokaan berlaku di Hutan Simpan Raja Musa
seluas 565 ha dan Hutan Simpan Bukit Belata Tambahan seluas 32 ha. Manakala
seluas 1,521 ha kawasan di Hutan Simpan Sungai Karang telah lama diteroka untuk
kawasan perkampungan dan tanaman pertanian sebelum pewartaannya sebagai hutan
simpan pada 8.1.1990. -
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan hak milik kepada kawasan-kawasan yang diterokai?
Jawapan dari Pejabat Tanah dan Galian.
-
Apakah bentuk tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap peneroka sekiranya hak milik tidak diberikan?
Tindakan yang telah diambil oleh Jabatan Perhutanan Negeri ke atas sebahagian
kawasan terokaan ialah memusnahkan tanaman, merobohkan struktur binaan termasuk
bangunan, menutup parit, mengairkan kawasan serta menyita peralatan dan jentera
terlibat. Tindakan juga diambil untuk menanam semula kawasan terokaan.