Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
191) PENCERAIAN DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah penceraian di Selangor dari tahun 2008 hingga kini mengikut daerah dan umur?
Pecahan jumlah perceraian mengikut daerah di Selangor dari tahun 2008 hingga 2014 adalah seperti berikut :-
DAERAH/ TAHUN
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
1 Klang 541 672 742 938 922 1047 273 2 Shah Alam 613 680 744 720 767 807 326 3 Petaling 594 673 765 1141 985 997 380 4 Gombak (B) 399 499 526 633 610 677 245 5 Gombak (T) 327 242 362 374 406 383 138 6 H/ Langat 712 945 1165 1030 1010 866 306 7 H/ Selangor 168 160 252 230 302 280 120 8 K/ Langat 201 232 232 252 315 200 135 9 K/ Selangor 210 204 259 287 339 340 144 10 S/ Bernam 147 140 135 191 198 171 67 11 Sepang 157 167 160 239 244 264 82 Jumlah
4069
614
5342
6035
6098
6162
2216
- Sehingga 27/5/2014 (untuk 2014)
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi menangani peningkatan kes penceraian di Selangor?
Usaha-usaha kerajaan negeri bagi menangani peningkatan kes perceraian di Selangor adalah seperti berikut :
- Menjalankan sesi kaunseling/ rundingan kepada pasangan dan pihak- pihak yang
- Membentuk jawatankuasa pendamai berdasarkan peruntukan Seksyen 47
(5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003 di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah.
- Melaksanakan Program Modul Keluarga Sakinah di seluruh
- Memberikan pendedahan awal mengenai bab-bab aqidah, ibadah, munakahat, pengurusan dan risiko perceraian, tanggungjawab dan hak- hak suami dan isteri kepada pasangan yang masih bujang dalam kursus pra perkahwinan.
- Melaksanakan Pusat Pembangunan Keluarga Islam dan Pusat Pembangunan Sosial di 12 buah Masjid terpilih di seluruh Negeri Selangor.
Melaksanakan Kursus Pasca Perkahwinan seperti Kursus Rumahku Syurgaku, Kursus Kemahiran Keibubapaan, Kursus Kefahaman Poligami dan Kursus Keluarga Bahagia