Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
286) PENCERAIAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kes penceraian di Negeri Selangor dari tahun 2020-2023?
Berikut adalah jumlah pendaftaran bagi kes penceraian dari tahun 2020 hingga 2023.
-
Daripada jumlah tersebut berapakah kes penceraian dalam tempoh yang sama untuk Daerah Klang?
Berdasarkan semakan yang dibuat ke atas data dalam sistem E-Syariah, berikut adalah jumlah pendaftaran bagi kes penceraian di daerah Klang dari tahun 2020 hingga 2023.
-
Apakah 5 faktor utama punca kes penceraian berlaku?
Berdasarkan kajian ke atas kes-kes perceraian yang difailkan di Mahkamah Syariah, berikut adalah 5 faktor utama berlakunya perceraian di Negeri Selangor:
- Kegagalan suami atau isteri menjalankan tanggungjawab dalam rumahtangga.
- Masalah kewangan dan faktor ekonomi.
- Pasangan agresif sama ada secara fizikal atau pun lisan.
- Pasangan terjebak dengan bahan-bahan terlarang serta melakukan maksiat lain yang bertentangan denga hukum syarak.
- Gangguan orang ketiga.