Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
77) PENCEMARAN UDARA DI KAWASAN PERINDUSTRIAN ZURAH RASA
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan tindakan mahkamah, tawaran kompuan yang dikeluarkan oleh JAS terhadap premis atau kilang yang menyebabkan pencemaran udara di Kawasan Perindustrian Zurah Rasa sejak tahun 2020.
Sejak tahun 2020, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor melalui JAS Cawangan Gombak telah mengenakan pelbagai tindakan penguatkuasaan terhadap premis atau kilang yang menyebabkan pencemaran udara di Kawasan Perindustrian Zurah, Rasa. Tindakan-tindakan tersebut adalah seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah:-
No.
Tindakan Penguatkuasaan
Bilangan
1. Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) 5 2. Notis Arahan 8 3. Kompaun 4 4. Kertas Siasatan 3 -
Adakah JAS memberikan tempoh waktu operasi kepada kilang yang menjalankan aktiviti peleburan logam sebagai syarat kelulusan memandangkan terdapat aduan dengan gambar bahawa asap tebal pada waktu malam dan menjelang pagi sering berlaku di Kawasan Perindustrian Zurah Rasa? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
JAS tidak menetapkan tempoh waktu operasi bagi sesuatu premis atau kilang termasuk kilang yang menjalankan aktiviti peleburan logam di Kawasan Perindustrian Zurah dan ia tertakluk kepada kelulusan iaitu lesen industri yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
-
Apakah piawaian kualiti udara yang dibenarkan oleh JAS terhadap kilang di Kawasan Perindustrian Rasa Zurah bagi mencegah pencemaran udara?
JAS mewajibkan pemasangan Sistem Kawalan Pencemaran Udara (SKPU) bagi premis yang menghasilkan pelepasan (emission) pencemar udara (gas dan bendasing) di mana sebarang pelepasan (emission) hendaklah mematuhi nilai batas dan standard teknikal serta dokumen Best Available Techniques (BAT) yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Nilai batas dan standard teknikal pula adalah ditetapkan mengikut aktiviti dan jenis industri. Bagi kilang peleburan logam misalnya, standard pelepasan yang ditetapkan adalah sebagaimana Peraturan 12 dan Jadual D, Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, antaranya seperti:
Bil. Parameter Nilai Batas Pemantauan 1. Kelegapan Tidak melebihi 20 % Berterusan 2. Jumlah jirim zarahan (PM) 10 mg/m3 Berterusan 3. Sulfur dioksida 100 mg/m3 Berterusan 4. Nitrogen dioksida 300 mg/m3 Berkala