Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

185) PENCEMARAN SUNGAI-SUNGAI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan tahap pencemaran sungai-sungai di Negeri Selangor.

    Berikut adalah status kualiti air sungai-sungai utama di Selangor berdasarkan pemantauan kualiti air di Loji Pembersihan Air (LPA) oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd sehingga April 2019 :

     

    NAMA SUNGAI NAMA LPA INDEKS KUALITI AIR (IKA) KELAS
      Rasa 89.8 II
    Sungai Selangor Rantau Panjang 77.3 II
      SSP1 78.8 II
      SSP2 83.0 II
      SSP3 78.8 II
    Sungai Bernam Bernam River Headworks (BRH) 87.1 II
      Sungai Selisek 85.2 II
    Sungai Langat Sungai Langat 85.9 II
      Cheras Batu 11 80.3 II
      Bukit Tampoi 64.9 III
    Sungai Semenyih Sungai Semenyih 73.2 III

     

    Berdasarkan bacaan IKA di LPA-LPA ini, berikut adalah purata kelas sungai-sungai utama :

     

    1. Sungai Selangor : 81.5 (Kelas II)
    2. Sungai Bernam : 86.2 (Kelas II)
    • Sungai Langat : 77.0 (Kelas III)
    1. Sungai Semenyih : 73.2 (Kelas III)

     

    # Status kualiti air sungai juga boleh dirujuk berdasarkan bacaan IKA di bawah Program Pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor.

     

    # Rujukan Kelas Sungai adalah seperti di Lampiran.

     

  2. Apakah langkah-langkah untuk membersihkan sungai-sungai yang tercemar di Negeri Selangor?

    Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri bagi memastikan sumber air di Selangor sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan. Pelbagai usaha telah diambil untuk mengimbangkan pembangunan yang pesat dan penjagaan sumber air.

     

    Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mewartakan semua 7 kawasan tadahan air empangan di Negeri Selangor di bawah Seksyen 48, Enakmen LUAS 1999. Selain itu, sejumlah 105 batang sungai kini turut telah melalui proses pewartaan rizab sungai di bawah peruntukan yang sama. Tujuan pewartaan ini adalah untuk kawalan dan melindungi sungai dan rizab sungai daripada gangguan kepada kuantiti, kualiti dan persekitarannya. Di samping itu, pihak Lembaga juga telah mengambil inisiatif melaksanakan Kajian Inventori Pemetaan dan Guna Tanah Aktiviti Di Rizab Sungai secara berfasa bagi tujuan mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang berisiko terhadap sumber air dan juga pelaksanaan penguatkuasaan bersepadu terhadap aktiviti yang tidak dibenarkan.

     

    Pemantauan berkala dilaksanakan oleh Lembaga bersama agensi berkaitan bagi memastikan sumber air dan kawasan tadahannya terpelihara daripada aspek kualiti dan kuantitinya.

     

    Penguatkuasaan perundangan yang diperuntukkan juga dilaksanakan secara holistik dalam penjagaan sumber air, antaranya :

     

    1. pelesenan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor),

     

    1. pemberian Kebenaran Bertulis bagi Aktiviti Pengubahan Sumber, dan

     

    • pengeluaran Notis Pemberitahuan Kesalahan, Kompaun dan pendakwaan bagi setiap kesalahan yang berkaitan dengan sumber air.

     

    Dalam usaha menangani isu-isu pencemaran sumber air, kerja-kerja pemantauan dan penguatkuasaan berterusan dijalankan melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan iaitu:

     

    1. Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai Negeri Selangor, yang dipengerusikan oleh YB. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri,

     

    1. Pasukan Petugas Lembangan Sungai Klang, Lembangan Sungai Langat dan Lembangan Sungai Selangor, yang dipengerusikan oleh Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS); dan

     

    • Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor, yang dipengerusikan oleh EXCO Alam Sekitar.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.