Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

244) PENCEMARAN SUNGAI – SUMBER UTAMA BEKALAN AIR MENTAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kebanyakan sungai di Negeri Selangor yang menjadi sumber utama bekalan air mentah didapati tercemar dan mengancam penduduk negeri ini. Bahagian air bersih di kebanyakan sungai semakin pendek akibat aktiviti guna tanah yang terlalu tinggi terutama pembangunan kawasan perumahan. Apakah tindakan yang diambil untuk mencegah sungai yang menjadi sumber air mentah mempunyai bahagian air bersih yang semakin mengecil dan sebahagiannya dikira sebagai sungai mati?

    Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) merupakan agensi Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab untuk menguruskan lembangan sungai dan perairan pantai di Negeri LUAS telah membentangkan satu Kertas Posisi Strategi Pengurusan Sungai di dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah LUAS Bil.1/2012 bertarikh 20 Februari 2012. Kertas ini telah diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) pada 23 Mei 2012 dan telah diluluskan pada 30 Mei 2012. Kertas ini juga telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor pada 13 Ogos 2012.

     

    Antara Strategi Pengurusan Sungai Negeri Selangor adalah seperti berikut:

     

    1. Memastikan pembangunan yang dijalankan mengambil kira elemen semulajadi sungai dengan mengekalkan ciri-ciri fizikalnya iaitu tidak dilencongkan, dijajarkan, dialihkan, dikecilkan, dikambus dan Konsep “Pembangunan Mengikut Fizikal Sungai” perlu dilaksanakan di peringkat perancangan. Setiap aktiviti pembangunan perlulah dijalankan penilaian impak alam sekitar dan bukannya kajian kejuruteraan sahaja;

     

    • Memastikan projek pembangunan yang dijalankan mematuhi Pelan Kawalan Hakisan dan Sedimen (ESCP) dan aplikasi Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). Dalam hubungan ini, pihak pemaju dikehendaki memastikan langkah pengawalan terhadap aliran puncak (peak discharge);

     

    • Memastikan pengawalan aktiviti pembangunan di kawasan rizab sungai dengan pewartaan rizab sungai sebagai ‘zon perlindungan“,

     

     

    iV.

    Memastikan projek pembinaan struktur merentasi sungai seperti jambatan, lebuhraya dan sebarang lintasan adalah memberikan kesan yang minima terhadap sungai;

     

     

    1. Mengekalkan dan    memelihara     tumbuh-tumbuhan     semulajadi     seperti

    ’riparian plant’ di sepanjang tebing sungai yang bersifat mesra alam; dan

     

     

    Vİ.

    Mencadangkan supaya penyelarasan dan pengemaskinian maklumat dalam dasar/manual sedia ada supaya selari dengan keperluan dalam Enakmen LUAS 1999 bagi tujuan pemeliharaan sumber air.

     

     

    Mana-mana aktiviti pembangunan yang ingin dijalankan di Negeri Selangor samada melibatkan atau berhampiran sumber air perlulah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah LUAS sebelum kerja-kerja tapak dijalankan. Ini adalah selaras dengan Seksyen 43 Enakmen LUAS 1999.

     

    Pemantauan dan tindakan ke atas kesalahan atau pencemaran sumber air Negeri Selangor dilaksanakan melalui dua (2) jawatankuasa yang ditubuhkan, iaitu Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Pasukan Petugas Mengawal Pencemaran Lembangan Sungai Klang, Selangor dan Langat yang dipengerusikan oleh Pengarah LUAS.

     

    Maklumat Tambahan

     

    Terdapat beberapa seksyen lain yang boleh digunapakai di dalam Enakmen ini bagi tujuan kawalan pencemaran sumber air. Ianya adalah seperti berikut:

     

    Seksyen 41(2) : Larangan gangguan pada aliran semulajadi; Seksyen 42(1) : Larangan pelencongan air dari sungai;

    Seksyen 43(1) : Aktiviti pengubahan sumber perlu dengan Kebenaran;

    Seksyen 70(1) : Larangan pembinaan struktur, dinding atau lapis lindung sungai; dan

    Seksyen 79(1) : Larangan pencemaran suatu sumber air.

     

     

  2. Langkah yang diambil untuk mengimbangkan pembangunan yang pesat dan pertambahan penduduk dengan permintaan bekalan air bersih dan air terawat yang dijangka terus meningkat?

    Untuk memastikan sumber air di Negeri Selangor sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengimbangkan pembangunan yang pesat dan penjagaan sumber

     

    Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah melalui Pelaksanaan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM). Contohnya melalui Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Selangor (2007-2012) yang mana antara polisi utama pelan ini adalah untuk ‘Memastikan Air Bersih’ dan ‘Memastikan Air Mencukupi’. Pelan ini juga sedang dalam peringkat semakan untuk dilaksanakan pada 2013 — 2018.

     

     

     

     

    Selain itu, sekiranya sesuatu pencemaran sungai berlaku dan mengakibatkan gangguan bekalan air, Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air yang diurusetiakan oleh LUAS dan dianggotai oleh jabatan-jabatan kerajaan serta konsesi operator air yang berkenaan akan membuat siasatan bagi mengenal pasti punca pencemaran dan seterusnya mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengatasi masalah pencemaran tersebut termasuklah mengambil tindakan undang-undang.

     

    Dalam masa yang sama, bagi memantapkan penguatkuasaan terhadap aktiviti- aktiviti pencemaran sumber air, Kerajaan Negeri Selangor telah mewartakan Peraturan-peraturan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012 bagi mengawal bahan pencemar yang masuk ke dalam sumber air sekaligus dapat mengurangkan kesan terhadap kualiti air sumber air.

     

    Kerajaan Negeri juga sentiasa menganjurkan aktiviti kesedaran awam dengan melibatkan komuniti setempat dan pihak berkepentingan bagi memberikan pendedahan akan kepentingan pemeliharaan sumber air dan alam sekitar di samping menjamin sumber air untuk mengekalkan kualiti hidup masyarakat yang sejahtera

     

    Maklumat Tambahan

     

    Peraturan-peraturan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012 ini menetapkan setiap premis aktiviti berjadual adalah tidak dibenarkan melepaskan efluen daripada premis dengan melebihi had piawaian yang telah ditetapkan. Sekiranya premis gagal mematuhi had piawaian yang telah ditetapkan, pihak premis akan dikenakan :

     

    1. Caj perlanggaran berdasarkan beban bahan pencemar, dan

     

    1. Tindakan perundangan seperti notis arahan, kompaun dan pendakwaan; mengikut keadaan dan tahap kes

     

    Berdasarkan Seksyen 79 (4), Enakmen LUAS 1999 menyatakan bahawa setiap kesalahan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 100,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi tempoh tiga (3) tahun atau kedua-duanya.

     

    Senarai 7 aktiviti berjadual yang tertakluk di bawah Peraturan ini dan had piawaian yang ditetapkan adalah seperti jadual di bawah:-

     

     

     

     

     

     

    SENARAI AKTIVITI YANG TERTAKLUK DI BAWAH PERATURAN

     

    BIL AKTIVITI HAD KELUASAN/JENIS
     

     

    1

     

     

    Akuakultur Air Tawar

     

     

    50 hektar atau lebih

     

    2

     

    Akuakultur Udang

    Laut

     

     

    10 hektar atau lebih

     

    3

    Kawasan Pembangunan atau Kerja Tanah  

    Kurang daripada 50 hektar

     

     

     

    4

     

     

     

    Penternakan Selain Babi

    Ternakan ayam, itik, angsa, ayam belanda, ayam mutiara, puyuh, merpati, burung unta, burung emu, 20,000 ekor atau lebih
     

    Ternakan lembu, kambing, bebiri, kerbau, rusa, 250 ekor atau lebih

     

    5

     

    Penternakan Babi

     

    Ternakan babi, satu (1) ekor atau lebih

     

    6

     

    Haiwan Kesayangan

     

    Aktiviti yang melibatkan anjing atau kucing,

    dua puluh (20) ekor atau lebih

     

    7

    Pencucian Pasir Tanpa mengira kuantiti pasir
    Perlombongan /

    Kuari

    Kurang daripada 250 hektar

     

    SENARAI PARAMETER DAN HAD PIAWAIAN

     

    BIL AKTIVITI PARAMETER HAD

    PIAWAIAN

     

     

    1

     

     

    Akuakultur Air Tawar

    Ammoniakal Nitrogen Keperluan Oksigen Biokimia (BODS)

    Jumlah Pepejal Terampai (TSS) Jumlah Nitrogen (TN)

    Jumlah Fosforus (TP)

    5 mg/I

    50 mg/I

    100 mg/I

    10 mg/I

    1 mg/I

     

     

    2

     

     

    Akuakultur Udang Laut

    Ammoniakal Nitrogen

    Keperluan Oksigen Biokimia (BODs) Jumlah Pepejal Terampai (TSS) Jumlah Nitrogen (TN)

    Jumlah Fosforus (TP)

    5 mg/I

    50 mg/I

    100 mg/I

    10 mg/I

    1 mg/I

     

    3

    Kawasan

    Pembangunan atau Kerja Tanah

    Jumlah Pepejal Terampai (TSS)

    Minyak & Gris

    100 mg/I

    10 mg/I

     

    4

     

    Penternakan Selain Babi

    Ammoniakal Nitrogen Keperluan Oksigen Biokimia (BODS)

    Keperluan Oksigen Kimia (COD)

    Jumlah Pepejal Terampai (TSS)

    500 mg/I

    500 mg/I

    1000 mg/I

    500 mg/I

     

    5

     

    Penternakan Babi

    Ammoniakal Nitrogen

    Keperluan Oksigen Biokimia (BODS) Keperluan Oksigen Kimia (COD) Jumlah Pepejal Terampai (TSS)

    500 mg/I

    50 mg/I

    500 mg

    100 mg/I

     

    6

     

    Haiwan Kesayangan

    Ammoniakal Nitrogen

    Keperluan Oksigen Biokimia (BODs) Keperluan Oksigen Kimia (COD)

    Jumlah Pepejal Terampai (TSS)

    300 mg/I

    50 mg/I

    500 mg/I

    250 mg/I

    7 Pencucian Pasir Jumlah Pepejal Terampai (TSS)

    Minyak & Gris

    50 mg/I

    1 mg/I

    Perlombongan / Kuari

     

Lampiran

Tiada Lampiran.