Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
37) PENCEMARAN SUNGAI SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sungai yang sedia ada perlu dijaga dan mewariskannya kepada generasi akan datang, khususnya dari kawasan Kampung Asahan ke Kuala Sungai Selangor. Sedarkah Kerajaan Negeri berlakunya hakisan tebing sungai dan penceramaran akibat daripada penerokaan/pembersihan tanah termasuk sampah sarap turun naik mengikut arus pasang surut?
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan terhadap isu hakisan tebing dan pencemaran sungai melalui mekanisme seperti berikut;
Pasukan Petugas Lembangan Sungai
Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai Negeri Selangor
Tindakan bersepadu bagi kes – kes kecemasan yang melibatkan henti operasi di loji pembersihan air (LPA) melalui Jawatankuasa Kecemasan Sumber
Pasukan Petugas dan Jawatankuasa sedi ada melibatkan agensi dan jabatan lain dalam menangani masalah berkaitan pengurusan sungai termasuk pencemaran. LUAS mengetuai tindakan yang dijalankan dan bertindak sebagai
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi permasalahan tersebut?
LUAS telah mengambil langkah – langkah seperti berikut bagi mengatasi masalah tersebut untuk jangka masa panjang iaitu;
Menyediakan polisi pengurusan sumber air seperti Kertas Posisi Strategi Pengurusan Sungai Negeri Selangor Selaras dengan Enakmen LUAS 1999. Polisi ini bertujuan memastikan adaptasi sungai secara semula jadi dalam setiap aktiviti pembangunan bagi
memastikan pengekalan morfologi sungai yang mana ia berkaitan dengan bentuk dan struktur sungai yang mempengaruhi hidrologi dan kepelbagaian biodiversiti termasuk alam persekitaran semula jadi sungai.
Cadangan Pewartaan Zon Perlindungan Di Bawah Seksyen 48, Enakmen LUAS 1999 (Sungai Utama) Berserta Rizab 50 Meter Kiri Dan 50 Meter Kanan. Tujuan pewartaan adalah untuk memelihara, memulihara serta mengawal semua sungai dan rizab sungai dari dicemari dengan aktiviti-aktiviti pembangunan yang tidak
- Di samping itu, memastikan pematuhan kepada peraturan – peraturan seperti di bawah:
- Peraturan Aktiviti Pengubahan Sumber (Selangor 2013).
- Peraturan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Sel.
P.U 43) 2012
-
Agensi manakah yang bertanggungjawab untuk memantau dan mengambil tindakan supaya tidak terjejas aktiviti nelayan sungai dan pelancongan Kelip- Kelip di Kuala Selangor?
LUAS berperanan dalam memastikan aktiviti nelayan sungai tidak terjejas dengan memantau dan menangani punca pencemaran sungai melalui mekanisme sedia ada. LUAS juga mengambil langkah kawalan untuk jangka masa panjang dengan menguatkuasakan Peraturan Aktiviti Pengubahan Sumber, Peraturan Navigasi Jalan Air Pedalaman dan Peraturan Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar. Ini dapat membantu memelihara habitat ikan dan ekosistem di dalam sungai agar tidak terjejas disebabkan pencemaran di dalam
LUAS juga berperanan dalam memulihara habitat kelip – kelip Sg. Selangor selaras dengan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Selangor di bawah polisi ke – 4 : Pemuliharaan Kelip – Kelip. Terdapat tiga (3) strategi yang telah dilaksanakan dalam polisi tersebut iaitu;
Pembangunan Santuari/ Taman Kelip-kelip
Menambah baik program pelancongan Kelip-kelip
Meneruskan pemantauan dan penyelidikan berkaitan Kelip-kelip Selaras dengan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Selangor itu juga, LUAS telah melaksanakan aktiviti – aktiviti seperti berikut dalam memulihara habitat Kelip – Kelip;
Pewartaan Zon Perlindungan di bawah Seksyen 48 Enakmen LUAS 1999;
Pewartaan Mukim Pasangan sebagai Zon Perlindungan Habitat Kelip – Kelip. Tujuan pewartaan adalah untuk mengawal rizab sungai, zon penampan, dan alam persekitarannya di jajaran tertentu di Sungai Selangor dalam Mukim Pasangan, Daerah Kuala Selangor.
Pelaksanaan Kajian Pemantauan Populasi Kelip – Kelip Sungai Selangor ( 2006 – sekarang ). Kajian ini telah dijalankan dengan kerjasama pihak FRIM sebanyak 2
Program kerjasama dengan agensi lain/ pihak berkepentingan;
Pemuliharaan Habitat Kelip – Kelip dengan menggunakan dana Tabung Amanah Kelip – Kelip Negeri Selangor. Projek Kerajaan Negeri Selangor, Frim dan AEON CO. (M) BHD dengan kerjasama LUAS, PTD Kuala Selangor dan
Projek Konservasi Kelip – Kelip Bersama Komuniti Kg. Kuantan, Kuala Selangor . Projek UKM dan TNB Research dengan kerjasama MDKS dan LUAS