Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
142) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah terdapat rancangan untuk mewujudkan zon penampan hijau di sepanjang sungai bagi mengurangkan pencemaran dari kawasan perumahan dan perindustrian?
Rancangan bagi mewujudkan zon penampan hijau secara menyeluruh di sepanjang sungai buat masa ini agak sukar untuk dilaksanakan kerana faktor-faktor berikut :
- Melibatkan lot-lot tanah persendirian di dalam kawasan zon penampan hijau ataupun rizab sungai yang masih mempunyai hak bagi membangunkan dan menjalankan aktiviti ke atas lot-lot tanah mereka.
- Melibatkan kos yang sangat tinggi terutamanya urusan bayaran pampasan bagi pengambilan balik tanah ke atas lot-lot tanah persendirian terlibat dan urusan kerja-kerja ukur halus.
Walaubagaimanapun, sebarang aktiviti di tebing sungai turut tertakluk kepada Enakmen LUAS 1999 berkaitan aktiviti pengubahan sumber yang dikawal melalui peraturan bagi jarak 50 meter kiri dan kanan daripada tebing sungai.
Selain itu, langkah dan inisiatif mengatasi serta mengurangkan pencemaran dari kawasan perumahan dan perindustrian sedang dilaksanakan melalui Zero Discharge Policy (ZDP) berdasarkan Peraturan-Peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian, Dan Kemasukan atau Pelepasan Bahan Buangan Dan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2024 bagi pengawalan pelepasan ke sumber air daripada punca. Pelaksanaan dasar ini dilihat mampu untuk meningkatkan kualiti air sungai dan ekosistem persekitarannya dan seterusnya mengurangkan impak negatif daripada sektor ekonomi serta menggalakkan amalan pengurusan terbaik (Best Management Practices, BMP’s) atau teknologi hijau seperti reuse and recycle pelepasan efluen.