Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
206) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani masalah pencemaran sungai yang semakin serius?
Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS melaksanakan 11 tindakan/kaedah untuk menangani masalah pencemaran sungai seperti berikut yang merangkumi;
- Pemantauan 24 jam melalui Skuad Elit Air LUAS (SKEAL);
- Tinjauan sungai-sungai di bagi mengenal pasti aktiviti-aktiviti dalam 50 meter rizab sungai yang berisiko;
- Menjalankan Kajian Inventori Guna Tanah Di Rizab Sungai bagi sungai-sungai yang berisiko;
- Melaksanakan pemasangan stesen telemetri kualiti air di hulu muka sauk sebagai sistem amaran awal/ early warning system;
- Pemantauan berkala ke atas kawasan-kawasan yang telah diisytiharkan sebagai zon perlindungan di bawah seksyen 48 Enakmen LUAS 1999;
- Pengkompaunan atau pendakwaan secara terus bagi kesalahan-kesalahan berkaitan pencemaran sumber air tanpa lesen/kebenaran LUAS;
- Kolaborasi bersama agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri dalam mengesan suspek-suspek yang disyaki menyebabkan pencemaran air.
- Melaksanakan blok pemantauan kualiti air ataupun dikenali sebagai River Monitoring Program (RMP) di sepanjang rizab sungai utama Negeri Selangor dan juga anak-anak sungai yang berisiko.
- Mempergiatkan usaha dan memperkasakan penglibatan agensi, komuniti, NGO dan pihak berkepentingan dalam aktiviti pemuliharaan sungai-sungai oleh komuniti di Negeri Selangor.
- Pelaksanaan Zero Discharge Policy (ZDP) melalui Peraturan-peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian, Dan Kemasukan atau Pelepasan Bahan Buangan Dan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2024 bagi pengawalan pelepasan daripada punca, dan
- Pemantauan dan penguatkuasaan berterusan bagi isu-isu pencemaran melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan.
-
Apakah statistik tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap orang yang telah melalukan kesalahan berkaitan dengan pemcemaran sungai di Negeri Selangor untuk tahun 2024?
Statistik tindakan undang-undang yang dikenakan bagi kesalahan yang berkaitan pencemaran sungai di negeri Selangor di bawah Enakmen LUAS 1999 bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:
Selain daripada itu, terdapat agensi-agensi Persekutuan lain seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang turut mengambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 seperti insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah akibat kebocoran bahan kimia dikenali sebagai Poly Metha Acrylic Acid (PMA) sehingga menyebabkan LRA Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2 dan SSP3 dihenti tugas pada bulan Julai 2024.
Pihak JAS Selangor telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 25, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024) yang memperuntukkan hukuman penjara mandatori sehingga lima tahun dan denda maksimum sehingga RM10 juta jika disabitkan dengan kesalahan.