Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

213) PENCEMARAN SUNGAI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pencemaran di setiap sungai di Selangor?

    Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor (JAS) telah menjalankan pemantauan kualiti air sungai di tujuh (7) Sub Lembangan iaitu :

    . Sub Lembangan Sg. Bernam
    . Sub Lembangan Sg. Tengi
    . Sub Lembangan Sg. Selangor
    . Sub Lembangan Sg Langat
    . Sub Lembangan Sg Sepang
    . Sub Lembangan Sungai Buloh
    . Sub Lembangan Sg.Klang

    Data-data dari pemantauan tahun 2007 mendapati Sg. Bernam, Sg. Tengi dan Sg. Selangor berada pada kategorikan bersih, manakala Sungai Langat, Sungai Sepang, Sungai Klang dan Sungai Buloh dikategorikan sebagai sederhana tercemar. Secara keseluruhan, kualiti air sungai-sungai di Selangor pada 2007 menunjukkan sedikit peningkatan berbanding tahun 2006 bagi Sg. Bernam, Sg. Selangor, Sg. Langat, Sg. Sepang, Sg. Buloh.

    a) Pelepasan efluen daripada sektor perkilangan. Air larian permukaan daripada aktiviti kerja tanah dan pelepasan kumbahan domestik dikenal pasti sebagai punca pencemaran sungai di negeri Selangor. Di bawah perundangan yang sedia ada iaitu di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 setiap industri perlu memasang sistem pengolahan efluen bagi memastikan setiap pelepasan efluen mematuhi piawai atau had yang ditetapkan. Manakala bagi aktiviti pembangunan dan kerja tanah yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam
    Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987 setiap pemajuan dikehendaki menyediakan kolam perangkap lumpur bagi memastikan pelepasan pepejal terampai mematuhi had yang ditetapkan. Keperluan mengawal kerja tanah juga dikuatkuasakan di bawah by law Pihak Berkuasa Tempatan.

    Dalam tempoh lima (5) tahun yang lepas sebanyak 172 kes yang melibatkan pelanggaran pencemaran air telah didakwa di mahkamah oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor.

  2. Apakah sumber-sumber pencemaran tersebut dan apakah tindakan yang diambil dalam masa 5 tahun yang Iepas?

  3. Apakah status rancangan penswastaan sumber sungai yang dilaksanakan oleh kerajaan sehingga kini?

Lampiran

Tiada Lampiran.