Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

74) PENCEMARAN SUNGAI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan untuk mencegah kejadian pencemaran air sungai berlaku bagi memastikan bekalan air terawat tidak terjejas

    Memastikan sumber air di Selangor sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri. Pemantauan dan siasatan berkala dijalankan bagi memastikan sumber air dipelihara daripada pelbagai aktivit yang memberikan kesan negatif kepada kuantiti dan

    Penguatkuasaan kuasa perundangan yang diperuntukkan juga dilaksanakan secara holistik dalam penjagaan sumber air, antaranya;

    • pelesenan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor),
    • pemberian Kebenaran Bertulis bagi Aktiviti Pengubahan Sumber, dan
    • pengeluaran Notis Pemberitahuan Kesalahan, Kompauan dan pendakwaan bagi setiap kesalahan yang berkaitan dengan sumber air. Untuk kes pencemaran yang berlaku pada Ogos 2013, pendakwaan telah dibuat dan kini kes sedang dalam peringkat perbicaraan di Mahkamah Seksyen Shah Alam.

    Dalam pada itu, usaha penjagaan dan pemuliharaan sumber air dipantau dan dikuatkuasakan melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan;

    • Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai,
    • Pasukan Petugas Lembangan Sungai, dan
    • Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber

    Selain itu, beberapa program sedang dilaksanakan, antaranya;

    1. Mewartakan kawasan rizab sungai sebagai zon perlindungan bagi tujuan kawalan fizikal dan kualiti air sungai. Tiada aktiviti berisiko tinggi yang menyumbang kepada pencemaran terhadap Sungai Selangor dibenarkan di kawasan rizab sungai yang telah diwartakan
    2. Kajian semula inventori pemetaan pencemaran dengan penganalisaan risiko tahap pencemaran dan menetapkan syarat yang lebih ketat, dan
    Pembangunan Decision Support System, (DSS) bagi pengurusan Lembangan Sungai Selangor secara holistik di mana pelepasan air empangan akan dilaksanakan secara optima dengan mengambilkira keadaan semasa aliran sungai dan juga ramalan hujan di kawasan tadahan. Pembangunan DSS ini juga akan direplikasi kepada lembangan lain secara

Lampiran

Tiada Lampiran.