Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
242) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Penjelasan tentang pemantauan agensi berkaitan pencemaran sungai khususnya Sungai Semenyih.
- Memastikan sumber air di Selangor sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), pemantauan dan siasatan (berkala dan tidak berkala) dijalankan bagi memastikan sumber air dipelihara daripada pelbagai aktiviti yang memberikan kesan negatif kepada kuantiti dan kualitinya.
Dalam pada itu, usaha penjagaan dan pemuliharaan sumber air dilaksanakan melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan :
- Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai,
- Pasukan Petugas Lembangan Sungai, dan
- Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber
Penguatkuasaan kuasa perundangan yang diperuntukkan dilaksanakan dalam penjagaan sumber air, antaranya :
- pelesenan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012,
- pemberian Kebenaran Bertulis bagi Aktiviti Pengubahan Sumber, semua aktiviti yang dijalankan melibatkan badan air, dan
- pengeluaran Notis Pemberitahuan Kesalahan, Kompaun dan pendakwaan bagi setiap kesalahan yang berkaitan dengan sumber
Selain itu, beberapa program sedang dilaksanakan, antaranya :
- Mewartakan kawasan rizab sungai sebagai zon perlindungan bagi tujuan kawalan fizikal dan kualiti air sungai,
- Menyediakan daftar sumber air Negeri untuk tujuan kawalan dan penguatkuasaan,
- Kajian semula inventori pemetaan pencemaran dengan penganalisaan risiko tahap pencemaran dan menetapkan syarat yang lebih ketat, dan
Pembangunan DecisionSupportSystem, (DSS)bagi pengurusan Lembangan Sungai Selangor secara holistik.
MAKLUMAT TAMBAHAN
- Pelesenan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012
melibatkan 7 Aktivti Berjadual iaitu akuakultur udang laut, akuakultur air tawar, kawasan pembangunan atau kerja tanah, penternakan selain babi, penternakan babi, haiwan kesayangan dan pencucian pasir/kuari.
Ø Pengeluaran Notis Pemberitahuan Kesalahan, Kompaun dan Pendakwaan.
Untuk kes pencemaran minyak Sungai Selangor yang berlaku pada Ogos 2013, pendakwaan telah dibuat dan kini kes Selangor tersebut sedang dalam peringkat perbicaraan di Mahkamah Shah Alam.
Ø Pewartaan kawasan rizab sungai sebagai zon perlindungan.
Tiada aktiviti berisiko tinggi yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran air sungai dibenarkan di kawasan rizab sungai yang telah diwartakan. Sungai Selangor telah pun diwartakan. Sungai Langat, Sungai Semenyih dan anak-anak sungai lain sedang dalam tindakan pewartaan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Selangor;
- Pembangunan DecisionSupportSystem, (DSS)
pelepasan air empangan akan dilaksanakan secara optima dengan mengambilkira keadaan semasa aliran sungai dan juga ramalan hujan
di kawasan tadahan. Pembangunan DSS ini juga akan direplikasi kepada lembangan lain secara berfasa.
-
Status kerjasama pihak LUAS dan JAS untuk memastikan sumber air bersih disalurkan kepada rakyat Selangor
LUAS dan JAS serta agensi lain sentiasa bekerjasama untuk memastikan sumber air bersih disalurkan kepada rakyat Pendekatan pengurusan sumber air bersepadu (IntegratedWaterResourcesManagement, IWRM) digunapakai dalam menguruskan sumber air dan lembangan secara holistik dan bersepadu melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang telah dibentuk.
-
Cadangan Kerajaan Negeri untuk memperketatkan undang-undang dan mengambil tindakan tegas terhadap kilang yang mencemarkan sungai
Mekanisme kawalan dan perundangan yang melibatkan efluen perindustrian adalah terletak di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 oleh Jabatan Alam Sekitar di Negeri Selangor.
Selain daripada itu, pihak Kerajaan Negeri juga boleh mengambil tindakan dengan merampas tanah milik kilang yang melanggar syarat nyata tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1065 atau mana-mana undang-undang yang terpakai di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.