Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
28) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan kebersihan Sg. Bernam Hulu Selangor terpelihara?
Lembangan Sungai Bernam dengan keluasan 3,335km2 menempatkan Sungai Bernam dengan panjang 200km merupakan lembangan sungai utama bagi pertanian dan pengairan padi yang bersempadan dan dikongsi di antara dua negeri iaitu Negeri Selangor(35%) dan Negeri Perak (65%).
Pendekatan secara Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (Integrated River Basin Management, IRBM) digunapakai bagi pengurusan sumber air dan lembangan sungai bagi Lembangan Sungai Bernam yang terletak di dalam Negeri Selangor. LUAS bersama agensi kerajaan dan pihak berkepentingan seperti Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd melalui Kajian Kebersihan dengan membuat pemantauan berjadual dan berterusan ke atas isu-isu pencemaran sumber air di Lembangan Sungai Bernam. Tindakan pemantauan dan penguatkuasan secara bersepadu juga diambil berdasarkan bidang kuasa agensi yang terlibat. Sebarang aduan yang diterima daripada mana- mana pihak termasuk orang awam akan dibuat siasatan dan diberi maklum balas berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan. Berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA) Sungai Bernam oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS) dikategorikan Bersih pada tahun 2017.
LUAS bersama UPEN dan JPS Perak juga telah mengadakan dua (2) Bengkel Penyelarasan Pengurusan Lembangan Sungai Bernam bagi membincangkan isu pengurusan sumber air di Lembangan Sungai Bernam pada 3 dan 4 Disember 2015 dan 20 dan 21 Disember 2016. Lanjutan daripada itu, pihak LUAS dengan kerjasama UPEN Perak juga telah mengambil inisiatif membangunkan “State of River Report 2015:Sungai Bernam” yang melibatkan maklumat status lembangan sungai termasuk isu-isu yang signifikan terhadap lembangan sungai untuk cadangan perancangan dan tindakan selanjutnya dan telah diedarkan kepada semua pihak berkepentingan berkaitan.
Berdasarkan keputusan MMKN bertarikh 13 September 2017 kertas ringkasan MMK. No. 36 / 30 / 2017 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 31 /2017 pada 20 September 2017. Kerajaan Negeri Selangor juga telah memutuskan bagi penyediaan Terma Rujukan Kajian Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Sungai Bernam dan penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai Bernam dengan kerjasama Kerajaan Perak bagi pelaksanaan Pelan kelak. Kerajaan Negeri Selangor komited bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak di dalam menguruskan sumber air dari aspek kuantiti dan kualiti di Lembangan Sungai Bernam melalui pemantauan dan tindakan bersepadu.
-
Apakah kriteria yang diambilkira oleh Kerajaan Negeri bagi pemohon lesen ternakan?
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR
Aktiviti penternakan merupakan salah satu Aktiviti Berjadual di bawah Peraturan- peraturan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012 di mana, setiap premis yang tertakluk di bawah Peraturan perlu mendapatkan Lesen Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar daripada Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
Aktiviti penternakan yang tertakluk di bawah Peraturan ini adalah seperti berikut:
i. Penternakan Selain Ternakan ayam, 20,000 Babi itik, angsa, ayam ekor atau belanda, ayam lebih mutiara, puyuh, merpati, burung unta, burung emu, dan lain-lain Ternakan lembu, 250 ekor kambing, bebiri, atau lebih kerbau, rusa dan lain-lain ii. Penternakan Babi Semua ladang tanpa mengira bilangan Premis yang telah dilesenkan adalah tidak dibenarkan melepaskan efluen daripada premis dengan melebihi had piawaian yang telah ditetapkan. Senarai parameter dan had piawaian adalah seperti di Lampiran A.
Sebarang kesalahan di bawah Peraturan ini dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua- duanya.
* Nota : Jawapan juga boleh berdasarkan bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
LAMPIRAN A
SENARAI PARAMETER DAN HAD PIAWAIAN
BIL
AKTIVITI
PARAMETER
HAD PIAWAI AN
1
Penternakan Selain Babi
Ammoniakal Nitrogen Keperluan Oksigen Biokimia (BOD5) Keperluan Oksigen Kimia (COD) Jumlah Pepejal Terampai (TSS)
200 mg/l 200 mg/l
500 mg/l
500 mg/l
2
Penternakan Babi
Ammoniakal Nitrogen 200 mg/l Keperluan Oksigen Biokimia (BOD5) 50 mg/l Keperluan Oksigen Kimia (COD) 500 mg Jumlah Pepejal Terampai (TSS) 100 mg/l JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR
Lesen ternakan perlu dimohon daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor. Sehingga kini, dua(2) jenis projek perternakan perlu berlesen iaitu Unggas menegikut Enakmen Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2007 dan Warta Peraturan-peraturan Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2008 serta Babi mengikut Enakmen Penternakan Babi 1991.
Kriteria-kriteria bagi pemohon lesen penternakan unggas adalah :
- Bilangan ayam/itik diternak adalah 500 ekor atau lebih dan bilangan puyuh/merpati adalah 1,000 ekor atau lebih;
- Menjaga kebersihan premis dan persekitaran ladang;
- Menyediakan prasarana biosekuriti asas;
- Ladang unggasnya terletak dalam lingkungan minimum 200 meter secara garisan lurus dari mana-mana rumah ibadat sedia
(Syarat ini tidak terpakai bagi mana-mana ladang unggas yang mengamalkan sistem ladang tertutup;)
- Memantau status penyakit mengikut jadual di ladangnya dan mengambil langkah sepatutnya sekiranya berlaku wabak atau serangan penyakit;
- Melaksanakan program pemvaksinan unggas;
- Menggunakan, mengendalikan dan menyimpan ubat, racun dan bahan kimia mengikut prosedur yang dibenarkan oleh pengeluar dan kerajaan;
- Menggunakan air daripada sumber yang bersih atau air terawat menggunakan bahan kimia yang diluluskan oleh kerajaan;
- Mengawal infestasi lalat di ladangnya supaya tahap bau di ladangnya terkawal dan tidak mengganggu kesejahteraan awam;
- Memastikan habuk di ladangnya tidak mencemar udara dan tidak mengganggu kesejahteraan awam;
- Menyediakan sistem/prosedur kawalan makhluk prosak yang berkesan;
- Memastikan reban dibersihkan dan disucihama selepas setiap pusingan pengeluaran;
- Melupuskan dengan segera unggas mati, sarap, sampah dan sisa ladang yang lain serta mengganggu kesejahteraan awam;dan
- Menyediakan rekod ladang yang lengkap dan dikemaskini dari masa ke masa
Secara kesimpulannya, aspek kawalan pencemaran persekitaran dan mencegah gangguan kepada kesejahteraan awam sangat dititikberatkan dalam kriteria- kriteria pelesenan ladang unggas. Keterangan menyeluruh mengenai kriteria- kriteria ini dapat diperolehi daripada enakmen dan warta yang telah disebutkan tadi.