Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

84) PENCEMARAN SUNGAI

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan perbandingan jumlah pencemaran sungai yang telah berlaku di Selangor dari 2014-2016 mengikut daerah.

    Jumlah dan perincian pencemaran sungai yang telah berlaku di Negeri Selangor dari tahun 2014-2016 mengikut daerah adalah seperti berikut :

    TAHUN BIL DAERAH
    2014 13 Hulu Langat – 6, Sepang – 1, Gombak – 1, Hulu

    Selangor – 5

    2015 19 Hulu Langat – 3, Sepang – 8, Gombak – 3, Hulu

    Selangor – 5

    2016 19 Hulu Langat – 6, Sepang – 11, Gombak – 1, Hulu

    Selangor – 1

  2. Nyatakan tahun yang berlaku pencemaran sungai tertinggi dalam sejarah Selangor dan jumlahnya

    Jumlah pencemaran tertinggi dalam sejarah di Negeri Selangor adalah pada tahun 2006 dengan sebanyak 24 kes pencemaran yang menyebabkan henti tugas loji pembersihan air (LPA). Antara punca henti tugas LPA ada adalah tumpahan minyak, peningkatan parameter ammoniakal nitrogen dan kekeruhan.

Lampiran

Tiada Lampiran.