Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

96) PENCEMARAN KILANG-KILANG HARAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan butir-butir terperinci kilang-kilang haram yang menyebabkan pencemaran mengikut PBT. (nama kilang, jenis perniagaan, lokasi, jenis pencemaran)

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 15 Februari 2007 terdapat sebanyak
    3165 buah kilang haram telah dikenalpasti di seluruh Negeri Selangor. Data terperinci
    keseluruhan kilang-kilang haram ini termasuk nama kilang, jenis perniagaan dan lokasi
    boleh diperolehi atau disemak dengan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor di
    bawah “Senarai Kilang-kilang Tanpa Kebenaran (Haram) Di Daerah Seluruh Selangor”.
    Pada amnya, kebanyakan dari operasi kilang-kilang haram ini menyebabkan pelbagai
    aspek pencemaran seperti pencemaran udara, air, bunyi bising dan kacau ganggu
    kepada penduduk sekitar. Antara fakktor-faktor utama yang menyebabkan berlaku
    pencemaran adalah :
    i) lokasi kilang haram yang terlalu hampir dengan kawasan perumahan;
    ii) operasi kilang haram tidak dilengkapi dengan alat kawalan pencemaran yang
    sempurna; dan
    iii) kawasan kilang haram yang tidak mempunyai infrastruktur yang sewajarnya.

  2. Apakah polisi Kerajaan Negeri dalam menangani masalah pencemaran oleh kilangkilang haram, terutamanya kilang-kilang haram yang berdekatan dengan kawasan perumahan?

    Bagi menangani masalah pencemaran oleh kilang-kilang haram, terutamanya yang
    berdekatan dengan kawasan perumahan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah
    mencadangkan supaya industri yang mencemarkan ini dipindahkan ke kawasan
    perindustrian sediada yang bersesuaian dengan jenis industri yang dijalankan. Satu
    tempoh yang munasabah perlu diberikan kepada pihak industri ini untuk proses
    pemindahan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.