Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

57) PENCEMARAN DAN PEMUSNAHAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah-masalah pencemaran alam sekitar?

    Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar pihak kerajaan melalui
    Jabatan Alam Sekitar telah mengambildua (2) pendekatan iaitu:

    i) Penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada mengikut Akta Kualiti
    AlamSekeliling, 1974; dan

    ii) Melalui program pendidikan dan kesedaran alam sekitar terutama kepada
    golongan pelajar, sektor industri dan orang awam.

    Di samping Jabatan Alam Sekitar agensi-agensi lain seperti Pihak Berkuasa
    Tempatan (PBT) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) juga perlu memainkan peranan dalam mempertingkatkan penguatkuasaan ke atas kes-kes pencemaran yang dikuatkuasakan di bawah bidang kuasa agensi-agensi tersebut.

  2. Berapakah saman yang telah dikeluarkan atas sebab kesalahan pencemaran alam sekitar?

    Jumlah saman yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor bagi
    pelbagai kesalahan pencemaranalam sekitar adalah seperti berikut:

    Tahun : 2006
    Kompaun : 518
    Mahkamah : 88

    Tahun : 2007
    Kompaun : 549
    Mahkamah : 123

  3. Berapa ekar hutan yang telah dibersihkan pada tahun 2004 hingga 2007?

    Pada tahun 2004 sehingga sekarang terdapat seluas 4,228.336 ha kawasan
    Hutan Simpanan Kekal yang telah di warta keluar. Kawasan-kawasanyang di
    warta keluar ini adalah untuk tujuan pembangunantanah seperti ladang kelapa
    sawit, FELDA dan kawasan pembangunan bercampur serta kawasan tanah
    milik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) seluas 530.06 ha atau
    1309.80 ekar.

Lampiran

Tiada Lampiran.