Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

240) PENCEMARAN BUNYI

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor untuk mengatasi masalah pencemaran bunyi yang amat teruk di Jalan USJ2/3?

    Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah melaksanakan program pemantauan pengawasan bunyi bising dilokasi yang diadu pada 9 Julai 2019. Berdasarkan cerapan data semasa pemantauan tersebut mendapati paras bunyi bising tidak mematuhi paras bunyi bising sebagaimana yang ditetapkan di dalam Syarat Kelulusan Laporan Kesan Penilaian Kepada Alam Sekeliling (EIA) yang telah dikeluarkan kepada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Sehubungan dengan itu, JAS telah mengeluarkan Notis Arahan pada 19 Julai 2019 kepada pihak LLM / Pengandali lebuhraya KESAS bagi melaksanakan langkah kawalan bunyi bising seperti ‘noise barrier’ di sempadan lebuhraya dengan perumahan di Jalan USJ2/3, Subang Jaya supaya tidak mengganggu penduduk berhampiran.

    Majlis Perbandaran Subang Jaya telah membekalkan pokok bagi program penanaman pokok bersama Jawatan Kuasa Penduduk (JKP) Zon 4 pada tahun 2018. Pokok yang ditanam adalah Bucida spp.

    Pokok Bucida spp.

Lampiran

Tiada Lampiran.