Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

77) PENCEMARAN BAU DI SEKITAR KAWASAN TAMBAKAN TANAH PERKUBURAN BAHARU PAYA JARAS DALAM

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak JAIS setelah mendapat notis daripada pihak MBSA berkaitan pencemaran bau yang berlaku?

    Pihak Jabatan Agama Islam Selangor telah mengadakan pertemuan pada 16 November 2023 (Selasa) bersama Masjid Al- Huda, Paya Jaras, Kontraktor dan Pengadu bertempat di Tanah Perkuburan Islam Paya Jaras

  2. Apakah tindakan semasa yang dilakukan sekarang?

    Dalam pertemuan tersebut telah dipersetujui untuk pihak kontraktor membina dua (2) kolam takungan tambahan bagi tujuan menapis air busuk tersebut daripada mengalir ke laluan longkang yang berdekatan.

  3. Bilakah isu pencemaran bau ini dapat diselesaikan?

    Sehingga hari ini, tiada lagi aduan berkaitan pencemaran bau dan pemantauan oleh pihak kontraktor juga tiada lagi isu pencemaran bau yang berlaku.

    Bau berpunya dari pelepasan berjadual sejenis chemical yang dikeluarkan oleh kilang membuat fiber yang berdekatan dengan tanah kubur baru. Ini berdasar sebelum ini terdapat pencemaran bau berjadual yang mengalir mengikut longkang yang terdapat pada lurah gaung yang telah di tambak.

    Penyerapan sisa chemical yang di buang oleh kilang berdekatan menyerap ke tanah dan mengalir mengikut mata air lopak di bawah yang telah di tambak.

    Walaubagaimanapun, pihak kami bukan professional untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pencemaran bau berkenaan. Adalah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan seperti MBSA dan Jabatan Alam sekitar yang dapat mengesahkan perkara berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.