Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

100) PENCEMARAN ASAP KILANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berbagai aduan-aduan telah dibangkitkan oleh penduduk mengenai pencemaran asap dari kilang-kilang dalam Kawasan Meru dan Sementa Klang. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan terus membiarkan kilang tersebut beroperasi dengan mengeluarkan asap tebal yang mencemarkan kawasan di sekitar kawasan tersebut ?

    Rekod Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor mendapati kilang-kilang di sekitar
    kawasan Meru dan Sementa Klang yang menghasilkan pencemaran udara adalah
    kilang berasaskan kayu, plastik, “cement batching plant”, berasaskan getah, kimia,
    logam, percetakan dan tekstil. Pada tahun 2009, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor
    telah menerima sebanyak 6 aduan yang berkaitan dengan pencemaran udara dari
    kilang-kilang yang terletak di sekitar kawasan Meru dan Sementa. Pemeriksaan telah
    dibuat ke atas premis kilang-kilang ini dan tindakan diambil bagi memastikan operasi
    kilang-kilang ini dilengkapi dengan alat kawalan yang sepatutnya, membuat percontohan
    pelepasan cerobong dan menyemak ‘smoke record’ yang dipasang oleh kilang-kilang
    tersebut.
    Kilang-kilang yang didapati melakukan kesalahan melepaskan asap yang berlebihan
    menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar akan diambil tindakan mengikut
    peruntukkan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 iaitu dengan
    mengeluarkan Notis Arahan, kompaun, tindakan mahkamah dan mengenakan Perintah
    Larangan beroperasi.
    Dalam hubungan ini ingin dijelaskan juga bahawa kawalan ke atas pelepasan asap dari
    kilang-kilang adalah juga bergantung kepada operasi alat kawalan yang dipasang.
    Terdapat juga kes-kes di mana alt kawalan yang dipasang tidak dikendalikan dengan
    baik semasa ketiadaan pegawai JAS di lapangan atas alasan cuba menjimatkan kos. Ini
    menyebabkan masih berlaku beberapa kes pencemaran dari masa ke semasa yang
    menyebabkan aduan berulang dan siasatan mendapati aduan adalah berasas dan
    disebabkan kecuaian dari pihak kilang tindakan yang lebih tegas termasuk
    memberhentikan operasi kilang turut diambil.

  2. Apakah langkah-langkah dan tindakan tegas yang telah diambil untuk mengawal asap yang berkesan ?

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Sila senaraikan kilang-kilang yang mengeluarkan pencemaran asap tersebut dan juga tindakan penguatkuasaan seperti denda, tindakan mahkamah dan kawalan-kawalan diambil ke atas kilang-kilang tersebut sepanjang tahun 2009 sehingga sekarang

    Senarai nama kilang dan tindakan yang diambil pada 2009 adalah seperti berikut :
    ADUAN PENCEMARAN UDARA DI MERU DAN SEMENTA TAHUN 2009
    Bil Nama Premis Tarikh Aduan Tindakan
    1 Hanson Quarry
    Products Sdn Bhd
    03/02/2009 Surat Arahan bertarikh 3/2/2009
    31/03/2008 Surat Arahan bertarikh 7/4/2009
    20/08/2009 Notis Arahan bertarikh 17/9/2009
    03/09/2009 Lawatan susulan memastikan
    pematuhan
    2 I’Kranji Wood Sdn
    Bhd
    19/3/2009 Notis Arahan bertarikh 2/4/2009 dan
    ditawarkan 1 kompaun
    3 Ashita Plastik 10/05/2009 Notis Arahan bertarikh 30/10/2009
    dan ditawarkan 1 kompaun
    Di samping penguatkuasaan, perancangan pembangunan guna tanah yang tidak serasi
    di kawasan tersebut juga perlu diberi perhatian dan dikawal oleh pihak berkuasa
    tempatan. Pembangunan kawasan perumahan yang terlalu hampir atau bersebelahan
    dengan kawasan perindustrian tanpa zon penampan yang mencukupi juga
    menyebabkan masalah ‘residue pollutant’ lebih ketara dan menjadi punca aduan
    penduduk.

Lampiran

Tiada Lampiran.