Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
16) PENCEMARAN ANAK SUNGAI DI BERANANG TERUTAMA SG JERNIH DI SESAPAN BT REMBAU BERPUNCA DARI SISTEM KUMBAHAN IWK BDR TASIK KESUMA
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Penduduk tempatan mahukan penjelasan mengapakah perkara ini masih terus berlaku walaupun pihak Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan & Saliran telahpun dimaklumkan mengenai perkara ini
Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah menerima aduan pencemaran anak Sungai
Jerneh di Sesapan Batu Rembau dari penduduk tempatan sebanyak 3 kali pada tahun
2007. Hasil siasatan yang dijalankan oleh JAS bagi ketiga-tiga kejadian yang diadukan
tersebut mendapati tiada kejadian pencemaran yang serius berlaku di kawasan tersebut.
JAS juga telah membuat pemeriksaan ke atas Loji IWK Bandar Tasik Kesuma dan
mendapati loji beroperasi seperti biasa dan dalam keadaan baik. Dari siasatan terkini
pada 8 Ogos 2008 juga mendapati tiada kejadian pencemaran berlaku di kawasan yang
diadu. -
Limpahan telah mengubah bau, rupa dan keadaan sungai tersebut sehingga menjadi seperti longkang. Apakah yang boleh dikategorikan sebagai pencemaran alam sekitar akibat dari limpahan kumbahan untuk membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan mengikut undang-undang berkaitan.
Pada 23 Julai 2008, JAS Selangor telah menerima laporan dari pihak IWK Bandar Tasik
Kesuma berhubung masalah mekanikal yang dihadapi di loji tersebut dan pihak IWK
perlu membuat limpahan kecemasan semasa kerja- kerja pembaikan iaitu dalam
tempoh satu minggu. Keadaan ini dilakukan dengan terkawal dan kerosakan mekanikal
yang berlaku telah dapat diatasi. Siasatan terkini pada 8 Ogos 2008, mendapati
keadaan telah pulih seperti sediakala. -
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menguatkuasakan undang-undang mengekang pencemaran alam sekitar dalam masa yang terdekat
Terdapat lebih dari 20 perundangan berkaitan kawalan pencemaran alam sekitar yang
dikuatkuasakan oleh pelbagai agensi samada Persekutuan atau Negeri seperti Jabatan
Alam Sekitar, Lembaga Urus Air Selangor ( LUAS), Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat
Tanah dan Galian dan lain-lain bagi mengawal dan mengekang pemcemaran alam
sekitar. Semua agensi perlu mempertingkatkan penguatkuasaan mengikut bidang
masing-masing. Disamping itu, usaha untuk menempatkan punca-punca pencemaran
mengikut kesesuaian lokasi perlu dipertingkatkan sebagai langkah-langkah pencegahan.