Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

57) PENCEMARAN ALAM SEKITAR OLEH KILANG-KILANG SEPERTI SISA TOKSID, PENCEMARAN UDARA DAN SEBAGAI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejak dua (2) tahun kebelakangan ini, berapakah jumlah kilang mengikut PBT & PTD telah dikenal pasti melakukan kesalahan pencemaran alam sekitar yang telah dikenakan tindakan mahkamah dan telah disabit kesalahan?

    Kes-kes pencemaran alam sekitar yang melakukan kesalahan di bawah Akta
    KualitiAlam Sekeliling 1974yang telah dikenakan tindakan mahkamah mengikut
    PTD adalah seperti berikut:
    – — – — — — – —
    BILANGAN KES
    DAERAH MAHKAMAH
    2006 2007
    1. HULU LANGAT 23 10
    2. KUALA LANGAT 5 15
    3. SEPANG 6 9
    4. KELANG 30 28
    5. KUALA SELANGOR 6 3
    6. SABAK BERNAM – –
    7. PETALING 4 20
    8. SHAH ALAM 7 15
    9. HULU SELANGOR 7 23
    JUMLAH 88 123

  2. Apakah langkah-Iangkah yang diambil aleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini?

    Bagi mengatasi masalah pencemaran yang berlaku pihak kerajaan akan
    terus meningkatkan kerja-kerja penguatkuasaan ke atas punca-punca
    pencemaran yang telah dikenal pasti. Di samping penguatkuasaan di
    bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dikuatkuasakan oleh
    Jabatan Alam Sekitar Selangor, agensi-agensi lain seperti Pihak
    Berkuasa Tempatan (PBT) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)juga
    perlu memainkan peranan dalam mempertingkatkan penguatkuasaan ke
    atas kes-kes pencemaran yang dikuatkuasakan di bawah bidang kuasa
    agensi-agensitersebut.
    Jabatan Alam Sekitar Selangorjuga dari masa ke semasa mengadakan
    seminar dan majlis penerangan kepada pihak industri berhubung dengan
    keperluan perundangan alam sekitar di bawah Akta Kualiti Alam
    Sekeliling 1974 bagi meningkatkan pematuhan pihak industri serta
    sebagai langkah pencegahan.

Lampiran

Tiada Lampiran.