Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
300) PENCEMARAN ALAM SEKITAR OLEH KILANG-KILANG DI TELOK GONG DAN PULAU INDAH
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kilang yang telah mencemarkan alam sekitar seperti pencemaran udara, bau dan sungai dari tahun 2018 sehingga kini?
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Berdasarkan statistik tindakan penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor untuk tempoh dari tahun 2018 sehingga 30 Jun 2022, sejumlah 29 kilang yang beroperasi di kawasan industri Telok Gong dan 11 kilang di kawasan industri Pulau Indah telah didapati menyebabkan pencemaran alam sekitar. Maklumat terperinci kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan berkaitan adalah seperti berikut:
Pencemaran Udara, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014
Kawasan Industri Bilangan kilang yang dikenakan tindakan: Jumlah kilang yang didapati mencemar Kompaun Mahkamah Telok Gong – 5 5 Pulau Indah – 1 1 Pencemaran Air, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009
Kawasan Industri
Bilangan kilang yang dikenakan tindakan: Jumlah kilang yang didapati mencemar Kompaun Mahkamah Telok Gong 16 1 17 Pulau Indah 7 1 8 Seksyen 34A, Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA), Akta Kualiti Alam Sekeliling,1974
Kawasan Industri
Bilangan kilang yang dikenakan tindakan: Jumlah kilang yang didapati mencemar Kompaun Mahkamah Telok Gong – 7 7 Pulau Indah – 2 2 MAKLUMAT TAMBAHAN
Inventori kilang/premis di kawasan industri Telok Gong yang tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974
BIL JENIS INDUSTRI BILANGAN KILANG/PREMIS 1 Fabrikasi Logam 11 2 Industri Kimia 19 3 Kenderaan 3 4 Penapisan Minyak Makan 4 5 Berasaskan Getah 6 6 Kertas 1 7 Berasaskan Kayu 41 8 Makanan & Minuman 8 9 Makanan Ternakan 2 10 Loji Pengolahan Kumbahan 1 11 Loji Janakuasa 1 12 Percetakan 3 13 Bengkel / Workshop 7 14 Kuari 1 15 Penternakan 3 16 Peralatan Pejabat dan Alat Tulis 2 17 Pembuatan Payung dan Lain-lain Industri Pembuatan 15 18 Gudang 31 19 Perkhidmatan 1 20 Plastik 63 21 Premis Buangan Terjadual (PYDT) 1 22 Simen 3 23 Galian Bukan Logam 2 24 Pengilangan Logam 21 25 Elektrik Dan Elektronik 10 JUMLAH PREMIS 260 Inventori kilang/premis di kawasan industri Pulau Indah yang tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974
BIL JENIS INDUSTRI BILANGAN KILANG/PREMIS 1 Fabrikasi Logam 4 2 Industri Kimia 19 3 Kenderaan 5 4 Penapisan Minyak Makan 5 5 Berasaskan Getah 2 6 Kertas 1 7 Berasaskan Kayu 0 8 Makanan & Minuman 14 9 Makanan Ternakan 1 10 Loji Pengolahan Kumbahan 8 11 Loji Janakuasa 0 12 Percetakan 0 13 Bengkel / Workshop 2 14 Kuari 0 15 Penternakan 0 16 Peralatan Pejabat dan Alat Tulis 0 17 Pembuatan Payung dan Lain-lain Industri Pembuatan 2 18 Gudang 24 19 Perkhidmatan 9 20 Plastik 21 21 Premis Buangan Terjadual (PYDT) 8 22 Simen 0 23 Galian Bukan Logam 0 24 Pengilangan Logam 6 25 Elektrik Dan Elektronik 3 JUMLAH PREMIS 134 -
Berapakah jumlah kilang yang membuat kesalahan sama berulang kali?
Sepanjang tempoh yang sama, didapati sejumlah 10 kilang telah melakukan kesalahan yang berulang.
-
Apakah jenis tindakan undang-undang yang telah diambil terhadap kilang-kilang tersebut?
Tindakan undang-undang yang telah diambil ke atas kilang-kilang yang melakukan pencemaran sepanjang tempoh dari 2018 sehingga 30 Jun 2022 adalah seperti berikut:
Kawasan Industri
Tindakan Kompaun (nilai keseluruhan,RM) Mahkamah (nilai keseluruhan,RM) Telok Gong 46,000.00 480,000.00 Pulau Indah 24,000.00 215,000.00