Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

13) PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI RAWANG

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kawasan Rawang mempunyai aduan pencemaran habuk dan pencemaran bau yang tinggi berpunca dari kawasan perindustrian, apakah tindakan Kerajaan untuk menyelesaikan pencemaran untuk memulihkan keselesaan kawasan kediaman?

    Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah melaksanakan program penguatkuasaan dan pemantauan yang berterusan terhadap premis-premis yang mencemar di daerah Rawang. Berdasarkan rekod terdapat 131 buah premis di daerah Rawang yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan semua premis ini telah dilawat oleh JAS sepertimana program penguatkuasaan yang telah dirancang.

    Daripada Januari sehingga Oktober 2018, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah merekodkan  sebanyak tujuh (7) aduan berkenaan pencemaran habuk dan bau di dalam daerah Rawang. Berdasarkan siasatan yang telah dijalankan sebanyak tujuh (7) kompaun dan Notis Arahan telah dikeluarkan kepada pemilik-pemilik  premis yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

    Manakala bagi industri yang tidak tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, JAS akan bekerjasama dengan agensi lain seperti Pihak Berkuasa Tempatan yang mengeluarkan lesen operasi kilang iaitu Pejabat Tanah Dan Daerah bagi  pematuhan terhadap syarat nyata tanah dan Lembaga Urus Air Selangor mengenai pencemaran sumber air serta lain-lain Jabatan yang berkaitan bagi mengatasi isu pencemaran yang berlaku.

Lampiran

Tiada Lampiran.