Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

3) PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI BALAKONG

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci jumlah kilang yang dikenal pasti mengakibatkan pencemaran mengikut jenis-jenis pencemaran.

    Kilang yang dikenalpasti bermasalah dan mengakibatkan pencemaran di kawasan
    Balakong sebanyak 42 buah. Dari jumlah tersebut di dapati 16 kilang menyumbang
    kepada pencemaran udara, 12 buah kilang melepaskan effluen yang menyebabkan
    pencemaran air , 12 buah kilang mengakibatkan pencemaran buangan terjadual dan
    selebihnya berpotensi menyebabkan ketiga-tiga jenis pencemaran.

  2. Berapakah jumlah kilang atau pemilik kilang yang telah disabit kesalahan, dikenakan kompaun/denda dan dihukum penjara atau diarah berpindah oleh pihak berkuasa?

    Dari jumlah tersebut JAS Selangor telah mengambil tindakan penguatkuasaan bagi
    tahun 2007 sehingga Ogos 2008 adalah seperti berikut :
    i) Tindakan Mahkamah – 2
    ii) Kompaun – 22
    iii) Notis arahan – 9
    iv) Surat arahan – 71
    Selebihnya telah mematuhi arahan dengan memasang alat kawalan pencemaran. JAS
    sentiasa menjalankan pemeriksaan berkala dari masa ke semsa bagi memastikan
    pematuhan akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Lampiran

Tiada Lampiran.