Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
67) PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah kertas siasatan yang telah dibuka terhadap insiden pencemaran yang berlaku di Selangor khususnya perlepasan efluen ke dalam sungai serta pencemaran bau dan udara oleh kilang-kilang yang melepasi tahap maksima?
Sejumlah 20 kertas siasatan (KS) telah dibuka bagi kes yang disiasat melibatkan pencemaran sumber air di bawah Seksyen 79(4) Enakmen LUAS 1999 sepanjang tempoh tahun 2024 dan ringkasan punca-punca pencemaran adalah seperti berikut:
Bil. Peruntukan Kesalahan Jumlah Kes 1. Sek.79(1)(a) Enakmen LUAS 1999 (kemasukan atau pelepasan ke dalam sumber air bahan-bahan yang berbahaya dan memberikan kesan kepada manusia, haiwan dan tumbuhan)
1 Kes 2. Sek.79(1)(c) Enakmen LUAS 1999 (kemasukan atau pelepasan ke dalam sumber air bahan-bahan yang boleh menukarkan warna air di dalam sumber air)
10 Kes 3. Sek.79(1)(d) Enakmen LUAS 1999 (kemasukan atau pelepasan ke dalam sumber air minyak atau bahan buangan yang mengandungi minyak)
9 Kes JUMLAH 20 Kes