Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
72) PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Meminta satu senarai aduan yang diterima oleh kerajaan negeri terhadap kes pencemaran oleh kilang-kilang di Selangor dan apakah tindakan terkini yang telah dilakukan terhadap kilang-kilang ini dengan memberi butirannya
Sepanjang tempoh lima (5) tahun yang lalu bilangan aduan yang diterima oleh Jabatan
Alam Sekitar Selangor adalah seperti berikut:Jenis
Pencemaran
2004 2005 2006 2007 Jan – Julai
2008
Udara 607 1241 790 772 593
Air 79 134 149 76 54
Bunyi Bising 26 40 27 35 36
Buangan
Terjadual
34 33 44 23 8
Sampah Sarap 23 22 28 16 8
Jumlah 769 1470 1038 922 699
Kesemua aduan-aduan ini telah disiasat oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor dan tindakantindakan seperti berikut telah diambil:
i) Tindakan perundangan seperti mengeluarkan Notis Nrahan, kompaun dan
tindakan mahkamah mengikut peruntuk di bawah Akta Kualiti Alam
Sekeliling, 1974; dan
ii) Merujuk kes-kes aduan yang berkaitan dengan bidang kuasa Pihak Berkuasa
Tempatan untuk tindakan selanjutnya. -
Apakah tindakan terkini terhadap aduan pencemaran udara Kilang Batu Bata LDV (Kerling) Sdn. Bhd., Lot 242, Jalam Air Panas, Kampung Baru Kerling, 44100 Hulu Selangor memandangkan kilang ini masih beroperasi biarpun banyak aduan dibuat oleh penduduk-penduduk kampung.
Dari tahun 2007 sehingga Julai 2008 Jabatan Alam Sekitar Selangor telah menjalankan
sebanyak enam (6) lawatan penguatkuasaan ke atas Kilang Batu bata LDV (Kerling)
Sdn Bhd dimana lawatan tersebut tertumpu kepada penyelesaian masalah pencemaran
udara mengenai pelepasan asap hitam dari proses membuat batu bata. Bagi
memastikan pelepasan asap dan habuk mematuhi piawai yang ditetapkan pemilik kilang
telah memasang alat kawalan pencemaran udara iaitu wet scrubber. Siasatan oleh
Jabatan mendapati alat kawalan ini gagal beroperasi pada tahap optimum. Susulan
daripada lawatan tersebut sebanyak tiga (3) Notis Arahan dan tiga (3) kompaun telah
dikeluarkan yang mengarahkan pihak pekilang supaya memperbaiki dan
mempertingkatkan kecekapan alat kawalan pencemaran udara tersebut.