Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
68) Pencemaran Air Semenyih
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan bilangan dan jumlah kompaun atau saman ke atas kesalahan melibatkan pencemaran air dan melibatkan LRA Semenyih?
Tindakan susulan penguatkuasaan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor yang melibatkan insiden pencemaran di LRA Semenyih bagi tempoh 2017 sehingga terkini adalah seperti berikut:
-
Bila tarikh operasi langat 2 dapat digunakan dan berapakah jumlah kos sebenar melibatkan projek ini?
Loji Rawatan Air Langat 2 berkapasiti 1,130 Juta Liter Sehari (JLH) yang dibangunkan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan telah mula beroperasi pada 21 Disember 2019 dengan kapasiti 565 JLH (Stream B). Air bersih dari LRA ini dibekalkan ke Wilayah Hulu Langat, Petaling dan Kuala Lumpur dengan purata pengeluaran semasa adalah sebanyak 430 JLH.
Manakala Stream A yang juga berkapasiti 565 JLH telah selesai pentauliahan (commissioning) dan dijadualkan akan diserahkan kepada Air Selangor pada 30 Oktober 2020. Walau bagaimanapun, oleh kerana jaringan paip agihan air bersih belum siap, kapasiti penuh LRA ini tidak dapat digunakan sepenuhnya dan hanya mampu membekalkan 430 JLH sahaja kepada pengguna. Keseluruhan projek pembangunan LRA Langat 2 termasuk pembinaan kolam-kolam perkhidmatan dan sistem agihan dijadualkan siap sepenuhnya pada 31 Disember 2023, dengan anggaran kos keseluruhan berjumlah RM 2.38 billion.